Amy Schumer Dedah Detik Ngeri Dikejar Teman Lelaki Dengan Pisau
Menerusi satu episod podcast This Is Paris, pelakon dan pelawak, Amy Schumer memberitahu Paris Hilton mengenai penderaan yang dialaminya di tangan bekas teman lelaki suatu ketika dahulu.
September tahun lalu, Paris mendedahkan dalam dokumentari This Is Paris bahawa dia merupakan mangsa penderaan ketika bergelar pelajar di sebuah sekolah berasrama di Utah. Dia menceritakan pengalaman yang dialami dan turut meminta Amy berkongsi detik pahit yang dilaluinya.

“Dia merupakan seorang jurugambar pada ketika itu, dan dia gemar melontarkan kata-kata penghinaan seperti, ‘Ugh, bekas teman wanita saya boleh lakukan perkara ini lebih baik daripada kamu,’ sehingga ke tahap dia benar-benar ingin mencederakan saya dan mengejar saya dengan pisau…” jelasnya panjang lebar.
Amy menambah, “Pernah satu ketika saya sedang mandi, dia datang membuka tirai sambil ketawa dan turut membuang air kecil ke arah saya. Kejadian ini berlaku ketika saya berusia awal 20-an, selepas bertahun-tahun didera secara emosi. Daripada penderaan yang sangat kecil, ia bertukar menjadi besar seperti mengurung saya di dalam bilik.”
Pelakon Trainwreck itu berkata, dia akhirnya meninggalkan lelaki itu pada malam dia dikejar dengan pisau. Paris menangis apabila mendengar pengakuan tersebut lalu memberi respon, “Saya rasa seperti mahu menangis. Saya mahu menumbuk lelaki itu.”
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
