Dua Dekad Cartier Women’s Initiative Memacu Impak Usahawan Wanita
Tahun 2026 menyaksikan Cartier Women’s Initiative meraikan ulang tahun ke-20 dengan terus mengiktiraf serta menyokong usahawan wanita yang membawa impak di seluruh dunia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, inisiatif ini berkembang menjadi sebuah komuniti global yang berpengaruh dan pemangkin perubahan. Berteraskan keyakinan bahawa apabila wanita diberi ruang serta sumber untuk memimpin, berinovasi dan mencipta, Cartier berpegang teguh bahawa mereka mampu untuk membentuk semula masa depan. Berlangsung pada 10 Jun 2026 di Bangkok Thailand, ia menjadi nadi untuk merayakan inovasi, teknologi, kreativiti serta perniagaan.
Lighting The Path, Wanita Pencetus Perubahan

Sempena meraikan ulang tahun ini di bawah tema “Lighting the Path”, edisi 2026 memberi penghormatan kepada wanita yang memacu perubahan dengan keberanian, kreativiti dan keyakinan, sekali gus membuka jalan ke arah masa depan yang lebih adil serta inklusif. Dilancarkan pada tahun 2006 sebagai satu komitmen berani, inisiatif yang dibiayai sepenuhnya oleh Cartier ini bertujuan mengiktiraf serta menyokong usahawan wanita berpotensi. Sejak itu, ia berkembang menjadi sebuah komuniti global dan kuasa transformasi yang memberi impak besar.
Sepanjang dua dekad telah berlalu, Cartier Women’s Initiative telah menyokong 330 usahawan wanita yang membawa impak dari 66 negara, sambil membina komuniti global yang kini mempunyai lebih 520 ahli aktif. Program ini telah menyediakan sokongan kewangan sebanyak USD 14.1 juta. Pendekatannya yang menyeluruh dan berfokus kepada impak turut menggabungkan pembiayaan geran bersama program fellowship, pembangunan kepimpinan, sokongan kesejahteraan, serta akses komuniti seumur hidup.
Usahawan Wanita Nepal Diiktiraf Kali Pertama
Edisi 2026 Cartier Women’s Initiative dengan bangga mengumumkan 30 wanita, mewakili tiga perniagaan teratas dalam setiap 9 anugerah serantau serta 1 anugerah tematik. Diiktiraf kerana kemampuan mereka menyelesaikan masalah global yang penting, mereka menunjukkan sejauh mana wanita mampu memimpin dan mencipta impak melalui keusahawanan di seluruh dunia. Cartier Women’s Initiative tahun ini juga mencatat sejarah dengan penghargaan kali pertama terhadap seorang usahawan wanita berimpak dari Nepal.
Memperkasa Usahawan Wanita, Melangkaui Generasi

Berpandukan prinsip memperkasa pencetus perubahan, mencipta peluang, dan dedikasi untuk berkembang, Cartier Women’s Initiative telah menjadi platform global yang menyokong usahawan wanita. Ulang tahun ini bukan sekadar perayaan semata-mata, tetapi juga pengukuhan komitmen Cartier. Pencapaian wanita-wanita ini melangkaui sempadan dan generasi.
Artikel berkaitan: Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

