Anggun Raya Dengan Beg Gucci Bamboo 1947
5 Jenama Streetwear Lokal
Eka Di FOPE; Gabungan Inovasi Dan Kemewahan
Spotted! Tas Tangan Mewah Pilihan Wanita Berpengaruh
Permata Mewah Pilihan Selebriti Terkemuka
Home > Fesyen > Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal

Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal

Jika dahulu ramai memilih untuk memadankan perhiasan dalam tona yang sama, kini gabungan emas, perak dan emas ros menjadi pilihan yang lebih segar. Dengan padanan yang tepat, perhiasan mixed metal mampu menjadikan penampilan anda tampak lebih chic.   Perhiasan sering menjadi pelengkap yang mampu mengubah keseluruhan imej anda. Kini, dunia aksesori kini tidak lagi terikat pada satu tona logam sahaja. Kini, trend mixed metal jewellery membuka ruang untuk individu bereksperimen dengan gabungan emas, perak dan emas ros dalam satu gaya yang sama. Lantas, ia memberi dimensi baharu pada aksesori harian anda. GLAM kongsi beberapa cara menggayakan perhiasan mixed metal, lengkap dengan inspirasi daripada selebriti yang turut menggayakan trend ini.

Ini 5 Tip Stylish Memadankan Perhiasan Mixed Metal!

1. Kekalkan reka bentuk minimal

Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal Untuk gaya yang elegan, pilih perhiasan dengan rekaan yang minimal dan tidak terlalu sarat dengan batu atau perincian. Cara ini membantu agar gabungan logam yang dipilih tampak lebih sofistikated dan mudah dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian. Contohnya, Amelia Henderson memadankan gelang emas dan perak untuk penampilan yang chic. Walaupun tona berbeza, kombinasi minimal ini tetap tampak sesuai.

2. Lapiskan rantai dalam nada berbeza

Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal Teknik layering merupakan cara paling mudah untuk menggayakan perhiasan mixed metal. Gabungkan rantai emas bersama rantai perak dengan panjang yang berbeza untuk mencipta gaya yang seimbang dan tidak sarat. Seperti yang didandani Gigi Hadid sewaktu Paris Fashion Week, beliau menggayakan gaun Moschino rekaan khas yang dipenuhi manik emas dan perak, lengkap dengan perhiasan mixed metal yang dilapiskan di atasnya. 

3. Campurkan tekstur, bukan warna sahaja

Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal Menggabungkan tekstur dan tona pada perhiasan turut menambah dimensi pada penampilan anda. Contohnya, memadankan aksesori emas dan perak, sambil menggabungkan rekaan halus dengan gaya yang lebih chunky, mencipta keseimbangan visual yang menarik dan tampak sofistikated. Khainina Khalil memadankan anting-anting chunky bersama rantai dan cincin dengan tekstur berbeza sekaligus memberikan kedalaman dan karakter pada imej beliau. 

4. Padankan cincin berbeza tona dengan gelang chunky

Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal Gaya ini menekankan keseimbangan antara aksesori bersama pelbagai cincin untuk perincian yang menarik, tetapi hanya satu gelang besar di setiap lengan supaya penampilan tidak terlalu sarat. Kombinasi ini terlihat minimal namun tetap memberi penampilan yang effortless. Dua Lipa sering memadankan beberapa cincin dengan tona berbeza, digabungkan hanya dengan 2 gelang chunky di setiap lengan sebagai titik fokus. 

5. Rayakan gaya peribadi anda

Sama ada anda ingin melapiskan rantai emas sentimental dengan perhiasan perak atau memadankan anting-anting dengan cincin emas ros yang halus, setiap gabungan dapat menghasilkan penampilan yang eksklusif. Gaya mixed metal kini tiada peraturan tetap. Semakin kreatif dan berani anda memadankan tona serta tekstur, semakin menyerlah penampilan anda. Artikel berkaitan: Koleksi Gema Di Swarovski Mengasyikkan Gaya Lebaran