10 Stail Memukau Di Karpet Merah Tony Awards 2023
10 Gaya Berani Selebriti Di Fashion Awards 2023
LIVE STREAMING : Bottega Veneta Fall/Winter 2020
Puteri Bongsu Steve Jobs, Eve Buat Kemunculan Pertama Di Pentas Minggu Fesyen Paris
Live Streaming: Gucci Fall 2020
Home > Fesyen > Koleksi Gema Di Swarovski Mengasyikkan Gaya Lebaran

Koleksi Gema Di Swarovski Mengasyikkan Gaya Lebaran

Koleksi Gema Ramadan 2026 di Swarovski hadir dengan kristal dan rekaan elegan, sempurna melengkapkan gaya sepanjang Ramadan dan Syawal.

Ramadan sering dikaitkan dengan momen penuh makna seperti masa untuk refleksi diri, kesyukuran serta mengeratkan hubungan bersama keluarga dan sahabat. Menyambut semangat ini, Swarovski memperkenalkan koleksi Gema Ramadan 2026, sebuah rangkaian perhiasan yang meraikan keindahan tradisi dengan sentuhan kemewahan moden. Direka untuk melengkapkan gaya sepanjang Ramadan hingga Syawal, koleksi ini menampilkan perhiasan dengan aura lembut dan rekaan bentuk yang anggun. Palet warna biru dan hijau yang cerah dimadukan dengan kemasan logam berona emas, menghasilkan nuansa yang terasa segar tetapi tetap elegan. Setiap rekaan, daripada rantai hingga gelang dan anting-anting, dicipta untuk menambah kilauan halus pada gaya perayaan. Gema Swarovski Bagi kempen musim ini, Swarovski menampilkan tiga wajah terkenal Malaysia iaitu Eyka Farhana, Mimi Lana dan Sharifah Rose. Ketiga-tiga personaliti ini membawa interpretasi tersendiri tentang gaya wanita moden yakni yakin, anggun dan penuh karakter. Ia selari dengan mesej kempen yang meraikan kegembiraan berkongsi momen bersama insan tersayang. Selain rangkaian Gema, kempen ini turut menampilkan beberapa koleksi ikonik Swarovski yang sesuai digayakan sepanjang musim perayaan. Rona emas mawar memberikan sentuhan romantik yang lembut, manakala rekaan berlapis dengan kilauan kristal mencipta gaya glamor yang sesuai untuk majlis malam atau rumah terbuka yang lebih formal. Bagi mereka yang menyukai gaya yang lebih kontemporari, pilihan perhiasan berona rhodium pula menawarkan estetika yang lebih moden dan minimal. Digayakan bersama busana Raya yang lembut atau siluet kebaya klasik, perhiasan ini memberikan keseimbangan antara keanggunan tradisi dan gaya masa kini. Gema Swarovski Hadiah istimewa buat mereka yang berbelanja di Swarovski, yang mana dengan apa jua belian akan diberikan sampul duit raya. Serta buat mereka yang berbelanja lebih RM 1,100 akan dihadiahkan bekas lilin yang bakal mampu menjadi perhiasan dekorasi rumahmu!