Kempen Terbaru Dior Menyentuh Topik Feminisme

Foto: Brigitte Lacombe
Kempen RTW Musim Bunga 2017 Dior mengikut visi pengarah artistik baru jenama tersebut Maria Grazia Chiuri nampaknya sekali bakal menarik perhatian khalayak umum yang peka dengan kejadian sekililing.

Foto: Brigitte Lacombe
Bagi kempen terbaru ini Maria menampilkan kembar Ruth Bell dan May Bell dengan bantuan jurufoto Brigitte Lacombe untuk menyampaikan nilai-nilai feminis yang terdapat dalam jenama Dior dengan menampilkan perbezaan yang ada pada Ruth dan May. Idea ini untuk memberitahu khalayak bahawa konsep feminin yang sering dikotakkan sebagai konsep yang satu dimensi adalah tidak benar.

Foto: Brigitte Lacombe
“Saya berusaha untuk menumpukan perhatian dan terbuka kepada dunia ini untuk menghasilkan fesyen yang melambangkan wanita-wanita hari ini. Fesyen yang sepadan dengan perubahan keperluan mereka, dibebaskan daripada stereotaip ‘maskulin/feminin,’ ’muda/tidak muda,’ ’alasan/emosi,’ di mana ianya sebenarnya menjadi aspek-aspek yang boleh melengkapkan,” terang Maria.

Foto: Brigitte Lacombe
Konsep yang digunakan untuk kembar Bell ini adalah sebahagian daripada projek yang lebih besar bertajuk ‘The Women Behind The Lens’ sebuah album kompilasi oleh beberapa orang wanita dan visi mereka terhadap koleksi ini.
Oleh: Ai Nazmi Norzaid
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
