Bagasi Kabin Dark & Raw, Kolaborasi Edisi Terhad RIMOWA & Rick Owens
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioRIMOWA menyelusuri dunia Rick Owens dengan menghasilkan kolaborasi edisi terhad yang terbaru, RIMOWA x Rick Owens Original Cabin Bronze.
Sejak 1898, RIMOWA telah menjadi pelopor dalam dunia mobiliti, menggabungkan kemahiran pembuatan yang tinggi dengan semangat inovasi untuk mencipta penyelesaian yang tahan lama bagi kehidupan moden. Sepanjang tahun-tahun ini, jenama ini sentiasa mencabar batasan dan terus berani melalui kerjasama-kerjasama yang luar biasa. Kini, RIMOWA bekerjasama dengan Rick Owens untuk mentakrif semula perjalanan dengan pendekatan reka bentuk yang berani dan avant-garde.
RIMOWA x Rick Owens Original Cabin Bronze

Dihasilkan di Jerman, kolaborasi edisi terhad ini menghasilkan RIMOWA x Rick Owens Original Cabin Bronze, sebuah beg yang menggambarkan komitmen kedua-dua jenama terhadap kualiti, sambil menonjolkan ketahanan dan keunikan. Kolaborasi ini menggabungkan estetika raw and dark milik Rick Owens dengan kemahiran pembuatan aluminium terkenal RIMOWA. Hasilnya adalah sebuah beg yang menonjolkan kebebasan kreatif dan memperkenalkan teknik-teknik baru dalam warisan RIMOWA.
Rick Owens mengubah beg ikonik RIMOWA Original Cabin Bronze dengan kemasan aluminium patina yang unik. Teknik ini dihasilkan melalui aplikasi pigmen manual yang teliti, menghasilkan kesan penuaan yang menjadikan setiap beg itu benar-benar unik. Seiring berjalannya masa, patina ini akan semakin mendalam, menambah karakter dan keunikan pada beg tersebut.

Selain itu, beg ini menampilkan interior kulit sepenuhnya, yang pertama dalam sejarah RIMOWA. Dari lapisan dalaman hingga Flex Dividers, setiap bahagian dalam beg ini telah direka semula menggunakan kulit yang diperoleh terus dari Rick Owens. Kolaborasi ini mempamerkan kemahiran pembuatan kedua-dua jenama yang berpadu dengan sempurna.
Edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit sahaja dan disertakan dengan jaminan seumur hidup daripada RIMOWA. Setiap beg turut dilengkapi dengan tag bagasi yang diperbuat daripada kulit lembu berbulu asli, yang dihasilkan oleh Rick Owens di Itali. Tag ini menampilkan bulu kasar panjang yang semula jadi, memberikan elemen sentuhan kepada reka bentuk dan menggabungkan bahasa reka bentuk Owens dengan RIMOWA.

Bersempena dengan falsafah minimalis yang dikongsi oleh RIMOWA dan Rick Owens, penjenamaan beg ini dibuat dengan cara yang sangat halus. Logo Rick Owens tertera pada tanda logo di bahagian luar beg, bersebelahan dengan logo RIMOWA. Di bahagian dalam, logo kedua-dua jenama dicap pada label kulit, manakala kedua-dua logo ini juga terpapar secara halus pada tali kulit, mengekalkan kesederhanaan dan elegansi.
Artikel Berkaitan: RIMOWA Original Bag Sebagai Peneman Setia Gaya Hael Husaini
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
