Related Stories
Penantian Peminat Berakhir, Faizal Tahir Tampil Dengan Konsert Sulung
Hampir dua dekad berkecimpung dalam industri muzik, Faizal Tahir akhirnya muncul dengan konsert solo pertamanya.
Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 2 September di Dewan Merdeka, World Trade Centre. Menurut penyanyi itu, ia adalah tanda penghargaan buat para peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan kepadanya sejak 17 tahun lalu.
“Saya rasa ini adalah masa terbaik, setelah sekian lama dipujuk oleh pihak pengurusan untuk membuat konsert solo. Saya rasa ini tanda yang orang masih nak dengar saya menyanyi. Lagipun ketika mempromosi lagu terutama di media sosial, terlalu banyak komen daripada peminat yang meminta saya membuat konsert solo. Pihak pengurusan mengumpul semua komen itu dan tunjukkan kepada saya,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Foto: Bernama
Faizal Tahir menambah, konsert itu bakal menampilkan beberapa segmen menarik yang menunjukkan revolusi kembara seninya. Dia bakal mempersembahkan lagu-lagu popular daripada lima albumnya termasuk Aku.Muzik.Kamu, Adrenalin serta Anatomi & Rojak. Penyanyi, komposer dan penulis lirik ini akan turut menyampaikan lagu Sampai Syurga versi rakaman semula pada malam itu. Ini sebagai hadiah buat semua pihak yang mendukung perjalanan kerjayanya.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
