Penantian Peminat Berakhir, Faizal Tahir Tampil Dengan Konsert Sulung
Harga Tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur Dipertikai
Walaupun konsert ini telah lama dinantikan peminat, sesetengah pihak mengkritik harga tiketnya yang dikatakan terlalu mahal. Harga yang ditawarkan adalah RM688 (VIP), RM588 (Diamond) dan RM488 (Platinum). Faizal Tahir sendiri mengakui terkejut namun tidak boleh mengulas lanjut kerana semuanya diuruskan oleh pihak penganjur, JioBuddy.
“Saya tak boleh jawab lebih-lebih tentang harga tiket kerana di luar bidang kuasa saya. Semuanya diserahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan dan penganjur kerana mereka juga mengambil kira banyak faktor sebelum memutuskan harga tiket.
“Kalau hendak tukar semula harga tiket juga bukan satu benda yang bagus sebab sudah dihebahkan. Mungkin ada sedikit salah saya juga sebab tak ambil kisah tentang harga tiket sejak awal sebelum melihat harga yang sudah diletakkan,” jelasnya.

Biarpun berdepan rungutan, bapa kepada tujuh cahaya mata itu berjanji akan memberikan persembahan terbaik. “Konsert ini bukanlah hiburan semata-mata sebaliknya saya mahu menyampaikan sesuatu yang baik dan positif tentang kehidupan. Saya nak orang pulang dengan rasa mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diri masing-masing dan bukan sekadar berhibur,” katanya.
Walaupun harga tiketnya menjadi pertikaian, tiket paling mahal iaitu VIP habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam. Penganjur memaklumkan tiket Platinum juga laris dan kini hanya tiket Diamond yang masih dibuka untuk jualan.
Foto: Facebook
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
