Hanni Newjeans Muncul Sebagai Saksi Kes Buli Dalam Syarikat
Hanni Pham dengan penuh berani menampilkan diri di Perhimpunan Kebangsaan Korea untuk menyuarakan ketidakadilan yang dialami oleh ahli kumpulannya, NewJeans.
Ahli kumpulan NewJeans yang baru berusia 20 tahun, Hanni Pham menampilkan dirinya sebagai saksi kes buli di Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan pada 15 Oktober 2024 yang lalu. Hanni datang dengan tujuan untuk menangani isu gangguan dan buli di tempat kerja yang dihadapi olehnya dan ahli kumpulannya. Semasa keterangannya di hadapan Jawatankuasa Buruh Dewan Negara Korea Selatan, gadis muda itu berkongsi pengalamannya. Dia bercakap tentang pengalaman NewJeans bekerja di bawah ADOR, sub-label yang merupakan sebahagian daripada HYBE. Industri muzik Korea seringkali dihantui dengan aduan mengenai tekanan tinggi dan buli. “Saya berharap para pelatih tidak mengalami insiden seperti ini, dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk tampil,” kata Hanni semasa audit parlimen yang disiarkan di televisyen.

Gambar Dari: The Korea Times
NewJeans Mnegadakan Siaran Langsung Untuk Bersuara
Gadis yang berketurunan Vietnam-Australia itu berkongsi dalam keterangannya bahawa dia berasa diperkecilkan dan diabaikan oleh pihak pengurusan syarikatnya sendiri. Beberapa bulan yang lalu, NewJeans mengadakan siaran langsung untuk menyuarakan pendapat mereka. Hanni menceritakan bagaimana seorang pengurus dari kumpulan K-pop lain telah mengarahkan mereka untuk mengabaikan penyanyi NewJeans tersebut. Tindakan itu membuatkannya berasa seolah-olah mereka dibenci oleh syarikat, katanya. “Saya tahu perkara ini tidak akan menyelesaikan semua masalah di dunia, tetapi jika kita saling menghormati, sekurang-kurangnya tidak akan ada masalah buli. Begitu juga dengan gangguan di tempat kerja,” ujar Hanni, sambil menahan tangisannya. NewJeans sendiri terperangkap dalam perbalahan antara syarikat mereka yang berkuasa, HYBE dan bekas CEO sub-label, Ador yakni Min Hee-jin.

Gambar Dari: The Korea Times
CEO baru Ador, Kim Ju-young, memberitahu sesi pendengaran parlimen bahawa beliau sedang menyemak situasi tersebut. Akan tetapi, belum menemui bukti untuk mengesahkan dakwaan Hanni. “Saya percaya saya telah melakukan segala yang saya mampu,” ujar Kim Ju-young. “Tetapi melihat bahawa Hanni berasa begini dan situasi ini menjadi semakin serius, saya tertanya-tanya jika ada lagi yang boleh saya lakukan.” Kenyataan Kim Ju-young dibalas oleh Hanni dengan “Maafkan saya, tetapi saya tidak rasa anda telah melakukan segala yang anda mampu. Anda berkata anda akan melindungi kami pada awalnya. Tetapi anda tidak mempunyai kehendak untuk melindungi kami atau kemampuan untuk mengambil tindakan.” ujar Hanni dengan kecewa. Layanan buruk dari pihak syarikat kepada kumpulan itu bukanlah baru, Hanni juga menyatakan bahawa sapaannya seringkali diabaikan oleh orang atasan syarikat tersebut.

Gambar Dari: Yonhap News
HYBE merupakan syarikat besar yang bukan sahaja mengurus NewJeans, malah kumpulan terkenal seperti BTS, Le Sserafim, TXT dan SEVENTEEN.
Pautan Berkaitan: Hanni Daripada NewJeans Membintangi Kempen Gucci Horsebit 1955
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
