Related Stories
Home > Gaya Hidup > Emilia Pérez Terima 13 Nominasi Buat Oscar 2025
Emilia Pérez Terima 13 Nominasi Buat Oscar 2025
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Jan 24, 2025
Emilia Pérez menjadi filem berbahasa asing paling tinggi dalam sejarah Academy Awards dengan menerima 13 pencalonan.
Akademi Seni dan Sains Filem berkongsi nominasi buat semua kategori utama Oscar 2025. Kali ini menyaksikan Emilia Pérez, sebuah filem berbahasa Sepanyol mendahului carta. Filem ini menerima 13 pencalonan dan ia mencipta sejarah sepanjang Academy Awards berlangsung. Dimana tidak pernah ada filem berbahasa asing menerima nominasi sebanyak ini. Ia telah memadamkan rekod yang pernah dipegang oleh filem Roma pada 2009 serta Crouching Tiger, Hidden Dragon buat sesi tahun 2001. Kedua-dua filem ini menerima 10 pencalonan sahaja.
Filem yang dikeluarkan oleh Saint Laurent Productions ini diadaptasikan daripada karya novel oleh Boris Razon yang bertajuk Écoute. Ia berkisarkan tentang ketua kartel Mexico yang mendapatkan khidmat peguam untuk membantunya hilang dengan bertukar menjadi seorang wanita. Lakonan utama filem ini diterajui oleh Karla Sofia Gascón sebagai Emilia Pérez. Manakala Zoe Saldana yang menggalas watak peguam pula memegang karakter Rita Mora Castro. Cakera ini adalah satu karya musikal, tetapi mendapat reaksi negatif daripada peminat filem kerana filem musikal lain yang pecah pangung, Wicked mendapat kurang pencalonan.
Filem yang diarahkan oleh Jacques Audiard ini dicalonkan buat hampir semua kategori utama. Antaranya adalah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik serta Sinematografi Terbaik. Zoe Saldana antara nama yang bakal meneruskan kecemerlangannya dalam menggenggam anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik kerana mutu lakonan yang cukup hebat buat karya Emilia Pérez. Dia telah menang di Golden Globes Awards. Selepas 25 tahun bergelar pelakon, ini adalah pencalonan pertama Saldana buat Oscar. Oscar 2025 bakal berlangsung pada 2 Mac 2025 di Teater Dolby, Hollywood Los Angeles. Conan O’Brien, pelawak dan pengacara podcast pula ditugaskan untuk menjadi hos bagi acara penting dalam dunia perfileman Hollywood. Terdahulu, filem Malaysia yang bertajuk Abang Adik telah dihantar oleh FINAS bagi menjadi wakil buat kategori Filem Berbahasa Asing. Namun tidak tersenarai dalam finalis walaupun sudah menang banyak anugerah buat festival filem yang lain. Artikel Berkaitan: 15 Gaya Memukau & Gagal Menyerlah Di Oscar 2024
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
