fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kolaborasi ‘Omtanke’ Volvo Car Malaysia: Untuk Komuniti dan Bumi
Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Tentang Acara Tahunan Berprestij MOST GLAM 2023
GBC Love Wellness: Aqua Fitness Workouts Bakar Kalori Cara Fun!
Apa Kaitan Kim Kardashian Dengan Skandal 1MDB?
Hidangan Mewah Tahun Baru Di The RuMa Hotel and Residences
Home > Gaya Hidup > 5 Pelakon Yang Tidak Lagi Menjadi Teraju Utama Dalam Filem Hollywood

5 Pelakon Yang Tidak Lagi Menjadi Teraju Utama Dalam Filem Hollywood

Untuk terus bertahan dalam industri Hollywood bukanlah tugas mudah. Ia bukan sahaja boleh jadi mencabar, malah juga toksik.

Kala seorang bintang berjaya mencipta nama di layar perak, berpuluh lagi gagal memenuhi jangkaan yang ditetapkan industri Hollywood untuk mencapai impian mereka. Namun ada masanya peminat tidak lagi dapat melihat pelakon kegemaran mereka beraksi di layar perak. Bukan kerana mereka kurang berbakat tetapi untuk kebanyakan kes, puncanya terletak di tangan pengarah dan keputusan yang dibuat diri sendiri.

Ini alasan mengapa lima pelakon Hollywood terkenal ini tidak lagi menerima tawaran untuk memegang watak utama dalam filem.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Megan Fox

pelakon hollywood

Foto: Getty Images

Peminat mungkin menganggap kerjaya Megan akan memuncak selepas membintangi filem Transformer di samping Shia LaBeouf. Malangnya ia tidak berlaku. Mempunyai antara raut wajah paling menawan di Hollywood ibarat satu sumpahan buatnya, kerana dia sering ditawarkan watak yang sama dalam filem. Pengarah Transformer, Michael Bay pernah mengkritik Megan dan mengatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan pelakon ini. Namun realitinya, dia diketepikan dari industri Hollywood kerana mendedahkan layanan buruk dan ngeri yang diterima sewaktu kerjayanya berada di kemuncak.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse