Tahniah! Siti Saleha kini bergelar isteri Joshua Fitton.
Aktres terkenal, Siti Saleha telah melangsungkan majlis pernikahannya pagi ini bersama pereka fesyen, Joshua Fitton dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat. Majlis pernikahan berlangsung jam 9.00 pagi di Enderong Resort, Janda Baik. Pengantin Perempuan menerima mas kahwin bernilai RM1,000.

Di majlis pernikahan ini, Sally dan Joshua menggayakan persalinan serba putih yang diilhamkan oleh Joshua Fitton sendiri. Jurusolek selebriti, Khir Khalid menjadi pilihan Sally sendiri dan dandanannya disempurnakan oleh Yusof Ruzaimi. Untuk majlis pernikahan ini Sally menerima lima dulang hantaran dan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran. Paparan eksklusif ini telah dimuat naik oleh pendandan rambut.
Tentang Sally & Joshua Fitton
Sudah menjalin hubungan hampir 2 tahun kini Siti Saleha mengejutkan hadirin KLFA 2024 dengan pengumuman pertunangannya bersama pereka fesyen tersohor, Joshua Fitton. Momen penuh kejutan itu berlaku secara spontan tanpa pengetahuan bakal suaminya, menambahkan lagi seri dan kehangatan malam fesyen tersebut. Berita gembira itu tercetus apabila hos majlis bertanya tentang perjalanan hidup Siti Saleha sepanjang tahun 2024. Pertanyaan tersebut disambut dengan pengumuman manis daripada Siti, mengungkap pertunangannya yang mengejutkan ramai.
Sally Di Mata Joshua:
“Kami punya hobi yang sama dan kisah pacat! Saya masih ingat ada satu ketika semasa kami mula mengenali satu sama lain, Saleha menyebut bahawa dia suka aktiviti luar dan mendaki. Saya fikir itu sesuatu yang hebat kerana kami boleh melakukannya bersama. Akhirnya, kami pergi mendaki di sebuah hutan simpan di Selangor. Malam sebelumnya hujan, jadi keadaan agak lembap, dan saya mendapati ada pacat di kaki saya. Saleha menjerit dan menyuruh saya memeriksa badannya juga. Kemudian, dia terus berlari semula ke tempat permulaan melalui hutan. I’ve never seen anybody move through the jungle as fast as her. Bagi saya, ini sesuatu yang sangat istimewa tentang dirinya. Dia masih boleh kekal tenang, berlari melalui hutan yang hampir tiada laluan dengan kelajuan yang luar biasa, sehingga saya sendiri ketinggalan. Dia seorang yang kuat dan akan melalui apa sahaja cabaran. She’ll get through anything and will probably leave me behind to whatever’s chasing but she’ll come out the other end composed and smiling. – hahahhaha!”
Artikel Berkaitan: Siti Saleha Sah Bertunang Dengan Joshua Fitton
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
