Fromage Jadi Destinasi Keju Artisan Pertama KL
Fromage, butik keju Perancis pertama di ibu kota, secara rasminya telah membuka pintu kepada para pencinta gastronomi di Bangsar Shopping Centre (BSC) pada April lalu.
Butik seluas 575 kaki persegi ini terletak megah di pintu masuk utama BSC. Ia direka dengan konsep island counter yang ikonik, membolehkan pelanggan melihat sendiri keju dipotong segar mengikut pesanan persis suasana di fromagerie tradisional kota Paris.
Seleksi Keju Bertaraf Dunia

Setiap satu daripada 30 hingga 40 jenis keju yang ditawarkan di Fromage adalah hasil kraf tangan artisan dan bukannya produk industri. Apa yang lebih eksklusif, setiap pilihan membawa sijil AOP (Perancis & Switzerland) atau DOP (Itali), menjamin kualiti dan keaslian yang tidak dapat disangkal.

Meneroka seleksi di Fromage adalah satu pengembaraan deria yang membawa anda terus ke jantung Eropah menerusi barisan keju artisan yang cukup eksklusif. Antara bintang utama yang menanti untuk memikat selera para connoisseur termasuklah Comté AOP, sebuah keju susu lembu ikonik yang membawakan aroma pergunungan Jura, serta Brie de Meaux AOP yang megah memegang gelaran sebagai ‘Raja Segala Keju’ dengan tekstur berkrim yang mewah. Bagi pencinta rasa yang lebih berani, Roquefort AOP hadir sebagai lagenda keju biru yang dimatangkan di dalam gua semula jadi untuk profil rasa yang tajam namun sofistikated, manakala Parmigiano Reggiano DOP yang berusia sekurang-kurangnya 24 bulan melengkapkan simfoni rasa ini dengan nota rasa mendalam yang tiada tandingan.
Seni ‘Cheese Board’ & Literasi Digital
Bagi mereka yang gemar meraikan tetamu di rumah, Fromage menawarkan program cheese board yang direka khas oleh Meilleur Apprenti de France, sebuah pengiktirafan tertinggi buat artisan muda di Perancis. Setiap susunan mementingkan keseimbangan tekstur dan profil rasa.

Selain butik fizikal, Fromage turut melancarkan laman web fromage.my dan bakal memperkenalkan aplikasi mudah alih pada Mei 2026. Ini adalah sebahagian daripada misi tiga pengasasnya Amine Chekali, Melik Belhadi, dan Etienne Delaune untuk membina literasi keju dalam kalangan rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal sebagai pengembara rasa yang berani. Sama ada anda mencari charcuterie Itali yang premium atau sekadar ingin meneroka keunikan keju soft-ripened, Fromage adalah destinasi gaya hidup terbaharu yang tidak boleh dilepaskan.
Artikel berkaitan: GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
