Jalani Dua Biopsi, Kanser Hugh Jackman Menyerang Kembali?
Bintang kelahiran Australia, Hugh Jackman mendedahkan dia berpotensi didiagnos dengan kanser kulit buat sekian kalinya.
Aktor berusia 54 tahun itu berkongsi perkembangan terkininya di media sosial dan memaklumkan dia menjalani beberapa ujian kanser kulit sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan baru-baru ini. Dia berkata keputusan ujian dijangka akan diperolehinya dalam masa beberapa hari.
Dengan pembalut luka di atas hidung yang menunjukkan dia baru selesai menjalani prosedur biopsi, Hugh Jackman berkongsi kebimbangannya bersama peminat. Menurutnya, doktor menemui satu petanda kecil yang kemungkinannya adalah sel basal (karsinoma).

Foto: Instagram
Karsinoma sel basal adalah kanser bukan melanoma – bermaksud tidak mudah merebak – dan berpunca daripada pendedahan melampau terhadap matahari atau rawatan penggelapan kulit. Kejayaan rawatan untuk barah kulit bukan melanoma adalah sebanyak 90%.
Hugh Jackman Menggesa Peminat Agar Berwaspada Dengan Petanda Kanser
Sambil berkongsi perkembangan kesihatannya, aktor Wolverine itu meyakinkan peminat bahawa karsinoma sel basal adalah barah paling ringan dalam semua jenis kanser kulit. Dia sempat menyarankan mereka untuk kekal selamat daripada sinaran matahari dengan menjalani pemeriksaan kulit dan tidak mengabaikan pemakaian tabir suria.
“Sila pakai krim pelindung matahari. Sebanyak mana anda mahukan kulit perang dan gelap, ia tidak berbaloi, percayalah!”.
Hugh Jackman didiagnos menghidap barah kulit buat kali pertama pada 2013 dan telah menjalani sekurang-kurangnya enam prosedur sejak itu. Pada 2015, bapa kepada dua cahaya mata itu memberitahu majalah People bahawa dia diagnosisnya adalah sesuatu yang mengejutkan walaupun sedar dirinya berisiko.
https://www.instagram.com/p/CqlvvNVp6JR/?hl=en
“Mendengar perkataan barah sahaja sudah buat saya terkejut. Bagaimanapun ini adalah perkara biasa buat warga Australia. Saya tidak pernah memakai tabir suria sewaktu membesar jadi saya mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit ini.” Australia adalah ‘pusat’ kanser kulit dunia dengan lebih daripada 11,500 orang didiagnosis menghidap melanoma dan kira-kira 434,000 dirawat untuk barah kulit jenis lain setiap tahun.
Foto: Getty Images
Baca: Bintang Parasite, Park So Dam Didiagnos Menghidap Kanser
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
