It’s Chic, Galaxy Z Flip4 boleh diperibadikan menuruti karakter anda yang tersendiri menerusi edisi Bespoke-nya! — Athisha Khan.
Kehadiran Samsung Galaxy Z Flip4 dipertingkatkan mengikuti ciri kegemaran para pemiliknya, menjadikannya instrumen mutakhir untuk mengekspresikan diri dengan konstruksi rekaan bergaya clamshell yang kompak. Hadir diperkasa dengan sisi yang lebih dinamik daripada edisi sebelumnya, Galaxy Z Flip4 berkebolehan untuk mengambil swafoto berkualiti tinggi terus dari layar skrin penutup yang mana; memanfaatkan kamera utama bersama fitur tangkapan pantas yang dinaik taraf.

Demikian, pemiliknya kini boleh memudahkan rakaman video berkualiti tinggi dalam mod Quick Shot, kemudian beralih ke mod Flex secara bebas tangan dengan melipatkan separuh Galaxy Z Flip4 untuk posisi menegak. Secara tidak langsung, mengimbangi golongan pengkarya kandungan dan vlogger untuk membuat kandungan tanpa peralatan tambahan.

Ditawarkan dengan rona Graphite, Pink Gold, Bora Purple, dan Blue; turut menawarkan pengguna untuk mengolahkan gaya tersendiri menerusi himpunan Bespoke Edition yang boleh disuaipadan mengikut citarasa masing-masing. Kerangka bagi siri kali ini juga tampil dengan kemasan berkabut atau matte. Lantas, mengurangkan kesan cap jari pada segenap permukaannya.

Memudahkan rencana dalam mengolahkan idea kreatif, pengkarya kandungan digital seperti Athisha Khan menyifatkan telefon pintar boleh lipat tercanggih ini sebagai satu peranti yang serba serbi sofistikated, “It’s Chic, lantas boleh diperibadikan menuruti karakter anda yang tersendiri menerusi edisi Bespoke-nya!”
Fungsi-fungsi kreativiti fotografi dan videografi ternyata menyempurnakan versi baharunya dengan fitur Single Take, Panorama, Slow-mo, Time-lapse serta Director’s View. Di samping itu, prestasi kameranya dalam situasi yang bercahaya malap juga boleh dipertingkatkan dengan kejelasannya menggunakan Night Mode. Secara tidak langsung memberikan piksel rona juga perincian resolusi yang lebih baik.
https://youtu.be/V4wGGK8r4as
Pautan berkaitan: Kuasa Berbilang Tugas
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
