Datuk Seri Siti Nurhaliza Lakar Sejarah Dalam Industri Muzik Global
Kemasyhuran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat terus mekar di peringkat antarabangsa.
Semalam, nama Siti Nurhaliza menjadi hangat di Twitter apabila disenaraikan dalam Most Awarded Musicians of All-Time atau pemuzik yang menerima anugerah terbanyak sepanjang zaman oleh The Artist Museum.
Dalam senarai tersebut, penyanyi berusia 43 tahun itu berada di kedudukan ke-27 dengan 329 jumlah kemenangan, mengetepikan barisan penyanyi Hollywood tersohor seperti Justin Timberlake, Katy Perry, Usher, Celine Dion, Christina Aguilera dan Jennifer Lopez.
Mengungguli senarai itu adalah mendiang Michael Jackson dengan 1,003 anugerah, diikuti Beyonce (896) dan Taylor Swift (867). Penyanyi popular dari negara seberang, Agnez Mo turut tersenarai di tangga ke-52 dengan 229 anugerah.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
