Galaxy Z Fold4 berpunya kuasa berbilang tugas lantas tidak punya tandingan dari sekalian telefon pintar dalam pasaran global — Dahlia Nadirah.
Foto : SAMSUNG
Membuka kemungkinan baharu kepada pengguna dengan pengalaman telefon pintar paling komprehensif Samsung setakat ini. Samsung Galaxy Z Fold 4 menawarkan penambahbaikan reka bentuk, paparan mendalam dan ciri berbilang tugas umpama komputer peribadi. Selain itu, diperkasa dengan teknologi kamera tercanggih serta pemproses mudah alih berkuasa. Penambahbaikannya jelas kelihatan sungguhpun tidak begitu banyak demi meningkatkan mutu telefon pintar yang cemerlang ini. Tambahan lagi, berposisi di dalam segmen telefon pintar boleh lipat yang kurang persaingan, penambahbaikan ini ternyata sudah memadai.

Seperti model terdahulu, Galaxy Z Fold 4 menampilkan dua paparan dengan bahagian luarannya berukuran 6.3-inci dan paparan dalaman 7.6-inci. Di mana ia dilihat sebagai sebuah telefon pintar yang paling banyak memanfaatkan teknologi skrin boleh lipat kala ini. Secara tidak langsung, berkebolehan untuk memainkan kedua-dua fungsi dengan baik sebagai telefon pintar yang cemerlang juga sebagai sebuah tablet. Anda boleh membuka lipatan skrinnya jika ingin menonton video pada layar paparan lebih besar, kemudian melipatkannya kembali untuk cerminan lebih praktikal mengimbangi kegunaan harian agar lebih efisien.

Antara fitur menariknya buat versi baharu ini menerusi kelasakannya yang dikonstruksi dari bingkai dan penutup engsel Armor Aluminium bersama Corning® Gorilla® Glass Victus®+ pada skrin penutup dan kaca belakang. Ketahanan panel skrin utama juga dipertingkatkan dengan struktur lapisan yang dioptimumkan, membantu mengurangkan kerosakan akibat kejutan luaran. Selain itu, Galaxy Z Fold 4 dilengkapi dengan sifat rintang air IPX8. Demikian penggunanya hari ini tidak perlu khuatir sekiranya telefon pintar ini terperangkap dalam kebasahan.

Sebagai seorang usahawan kecantikan juga memerankan kewajipan sebagai isteri serta ibu sepenuh masa, Dahlia Nadirah menggambarkan Galaxy Z Fold4 sebagai “satu peranti yang berpunya kuasa berbilang tugas lantas tidak punya tandingan dari sekalian telefon pintar dalam pasaran global.” Mengimbangi tugasnya yang pelbagai, Dahlia mampu melaksanakan lebih banyak tugas saat bergerak. Juga lebih selesa kerana ia tampil lebih ringan, di samping lebih intuitif.
Malah, spesifikasinya juga tinggi melalui penggunaan cipset Snapdragon® 8+ Gen 1 bersama-sama RAM 12GB dan storan sehingga 1TB. Taskbar baharu menyediakan reka letak ibarat komputer riba, menawarkan akses langsung kepada aplikasi juga tab pintas kegemaran. Penukaran aplikasi skrin penuh kepada pop-up atau skrin terbahagi tampil lebih mudah dalam merencanakan tugas yang pelbagai dalam satu-satu masa.
https://youtu.be/XKiFdqguWBE
Pautan berkaitan: 6 Wanita Berpengaruh Di Dunia
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
