Home > Gaya Hidup > Adele Tidak Berpeluang Meraih Status Pemenang EGOT, Ini Sebabnya
Adele Tidak Berpeluang Meraih Status Pemenang EGOT, Ini Sebabnya
Menjadi penerima EGOT adalah impian besar kebanyakan artis. Namun buat Adele, ia sangat mudah untuk dicapai.
EGOT yang merupakan pencapaian teragung di Hollywood adalah singkatan untuk individu yang pernah memenangi anugerah Emmy (rancangan televisyen), Grammy (muzik), Oscar (filem) dan Tony (teater muzikal). Penyanyi Inggeris itu menjadi antara artis tersohor kini dengan merangkul Emmy untuk rancangan istimewa Adele: One Night Only tahun lalu, memiliki 18 trofi Grammy dan memenangi Oscar untuk lagu asal terbaik Skyfall. Bagaimanapun sehingga kini dia masih belum berjaya menggenggam trofi Tony.
Sewaktu menjayakan segmen terakhir Carpool Karaoke bersama James Corden baru-baru ini, Adele berkata memiliki EGOT bukanlah sesuatu yang didambakannya. Walaupun hakikatnya semua orang tahu, dia hanya perlu mengambil satu langkah ke hadapan untuk meraih status itu.
“Kali terakhir kita menjayakan Carpool Karaoke, anda adalah pemenang Oscar dan Grammy. Kemudian anda memenangi Emmy untuk rancangan istimewa anda. Ini bermakna anda hanya selangkah daripada Tony untuk meraih status EGOT. Anda sudah pun memiliki EGO,” kata James Corden. Pelantun Easy On Me itu berjenaka mengatakan dia sentiasa mempunyai ‘ego’, sebelum menjelaskan mengapa dia tidak akan pernah memenangi Tony.
5 Filem Chinese Terbaik Wajib Ditonton Untuk Peminat Filem Emosi
Serba Baharu, Serba Digital: Golf R-Line
Gaun Putih Natasha Hudson Cetus Kontroversi, Rizman Buka Mulut
Gaya Selebriti Di Karpet Merah Ulang Tahun ke-50 American Music Awards
Patung Lilin Putera William & Kate Middleton Mengundang Kritikan Hebat
Penjenamaan Semula NewJeans, Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu
“Ia merupakan satu perjalanan yang indah. Saya kini seorang EGOT!” katanya sewaktu memberi ucapan kemenangan di pentas Grammy pada bulan Februari lalu. Viola Davis merupakan individu berkulit hitam keempat yang berjaya meraih status itu selepas Whoopi Goldberg, John Legend dan Jennifer Hudson.
Richard Rodgers menjadi penerima EGOT pertama pada 1962 ketika berusia 59 tahun. Penerima lain adalah Helen Hayes, Rita Moreno, John Gielgud, Audrey Hepburn, Marvin Hamlisch, Jonathan Tunick, Mel Brooks, Mike Nichols, Scott Rudin, Andrew Lloyd Webber, Time Rice dan Alan Menken. Robert Lopez menjadi pemenang termuda dengan meraih status itu ketika berusia 39 tahun pada 2014.
Foto: Simon Emmett
Baca: Ed Sheeran & Adele Tolak Permintaan Raja Charles III

Foto: CNN
“Saya tidak akan sesekali menghasilkan muzikal atau sesuatu seperti itu kerana saya bencikannya. Saya benar-benar tidak menyukainya. Saya rasa saya tidak pernah mendedahkan sebelum ini betapa bencinya saya pada muzikal.”Walaupun tidak menyukainya, Adele mengakui amat menghormati semua jenis seni muzikal. “Saya cuma tidak perlu mendengar segalanya dalam bentuk lagu sepanjang masa. Saya juga rasa EGO lebih sesuai dengan diri saya.”

Foto: Getty Images
Senarai Penerima EGOT
Di Hollywood, hanya 18 selebriti dan personaliti yang berjaya meraih pencapaian teragung itu setakat ini. Terbaharu adalah Viola Davis menerusi kemenangan Grammy pertama untuk memoirnya berjudul Finding Me. Pelakon, penerbit dan pengarang itu membawa pulang trofi Emmy pada 2015 (pelakon wanita utama terbaik dalam drama menerusi How to Get Away With Murder) dan Oscar pada 2017 (pelakon pembantu wanita terbaik menerusi Fences). Dia turut memenangi dua anugerah Tony: Satu pada tahun 2001 (pelakon terbaik dalam teater menerusi King Hedley II) dan satu lagi pada tahun 2010 (pelakon wanita utama terbaik dalam teater menerusi Fences).
Foto: Good Morning America
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
