Hamil Anak Kedua, Che Puan Juliana Evans Luah Rasa Teruja
Selepas empat tahun dikurniakan cahaya mata pertama, Che Puan Juliana Evans dan suami, Tengku Shariffuddin Shah kini menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Juliana dua hari lalu menerusi satu perkongsian di Instagram buat tatapan satu juta pengikutnya. “Dengan sukacita ingin diumumkan bahawa kami bakal menimang anak kedua dan amat teruja menantikan kehadirannya. Doakan yang baik-baik,” tulisnya.
Bekas pelakon dan pengacara berusia 34 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia kini berada pada trimester kedua kehamilan, menerusi tanda pagar #22weekspregnant dan #secondtrimester. Dalam perkongsian itu, Juliana memuat naik beberapa keping foto dirinya memegang perut yang semakin membesar dengan latar belakang pemandangan laut, juga dua video ketika melakukan imbasan ultrabunyi di sebuah pusat perubatan.
https://www.instagram.com/p/CpMwSVKuye_/?hl=en
Khabar gembira itu mengundang keterujaan di kalangan peminat juga rakan selebriti yang tidak henti-henti merakam ucapan tahniah atas rezeki yang dikurniakan termasuk Lisa Surihani, Nourul Depp, Nadia Brian, Raja Ilya dan Deborah Henry.
Walaupun baru sahaja membuat pengumuman, kehamilan Juliana disedari netizen sejak Januari lalu dek ‘aura ibu hamil’ yang ada padanya ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan. Tampil bagaikan puteri dalam gaun rona kuning, perhatian peminat tertumpu pada perutnya yang menampakkan baby bump dan wajahnya yang kelihatan cukup berseri.
Sekadar makluman, Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Johor-Selangor, Tengku Shariffuddin Shah pada 30 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.

Foto: Kosmo
Foto: Instagram
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
