Serambi Moden
Teks : Shahril Hadi Halim
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan
Video : Dennis Kho
Pereka hiasan dalaman yang dipertanggungjawabkan menyempurnakan wajah kediaman ini membawakan konsep Islamik Moden. “Elemen seni bina dan fungsi yang menjurus ke arah Islamik menjadi teras dalam saya menata keseluruhan ruang. Pemilik gemar mengadakan majlis juga menjamu tetamu. Untuk itu, mereka mahukan ruang yang terbuka selain perabot yang mudah alih dan praktikal. Untuk menyesuaikan dengan konsep yang dipilih, saya bermain dengan ton kelabu agar ruang terasa tenang dan mendamaikan. Mereka tidak gemar akan sesuatu yang terlalu loud dan keterlaluan. Justeru itu, suai padan monokromatik adalah yang paling ideal,” terang Azry Fazamy
Pembahagian ruang yang jelas sememangnya menyerlahkan lagi gaya hidup pemilik kediaman. Tambahan pula keluarganya yang besar, ini memberikan lebih ruang dan keselesaan tatkala berehat di kediaman. Selain dari itu, mereka turut membina tiga ruang makan berbeza untuk memudahkan penggunaan ruang. Secara tidak langsung, anak-anak masih boleh terus menikmati hidangan biarpun ibu bapa mereka sedang sibuk melayani tetamu yang datang berkunjung.
Selesa menjadi teras apabila melangkah naik ke tingkat atas kediaman. Ruang dibiarkan lebih terbuka untuk memudahkan anak bermain dan menonton. Bersebelahan ruang ini, dibina ruang membaca dan mengulang kaji untuk mereka. Sambil menghadap pemandangan kejiranan yang mendamaikan, terasa tenang saat bersantai sambil membaca di sini.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
