[soliloquy id=”48545″]
Muzium Seni Kotemporari di Nusantara (MACAN), bakal menjadi satu lagi mercu seni bina di kota Jakarta. Dibina bersekali ruang atrium terbuka, perpustakaan dan taman arca tertutup, projek mega ini dikelolakan sepenuhnya oleh firma seni bina, MET Studio Design.
Institusi swasta ini dibina dan dibiayai sepenuhnya oleh ahli perniagaan Indonesia dan pengumpul seni, Haryanto Adikoesoemo.
Thomas J. Berghuis, kurator seni Cina di Muzium Guggenheim di New York, telah dilantik sebagai pengarah muzium. Dia akan mengatur segala hal-hal berkaitan termasuk himpunan seni galeri, ruang seni bebas, komuniti artis, mengendali acara tahunan termasuk Jakarta Biennale dan festival ArtJog.
Pelan reka bentuk menunjukkan muzium ini akan memiliki lebih 20, 000 kaki persegi, galeri pameran, termasuk kawasan lapang untuk tampungan ruang lebih besar. Satu lagi elemen penting, taman arca tertutup seluas 5, 000 kaki persegi, diapit oleh empat tingkap gerbang dari lantai ke siling.
Aliran lengkungan bebas, membawa lari jauh konsep sinonim muzium, serius dan sunyi. Ruang ‘white cube’, didedikasikan buat lebih 800 koleksi seni kontemporari terbesar, Haryanto Adikoesoemo.
Muzium yang dijangka siap menjelang 2017, berlokasi di luar pusat Bandar di daerah Kebon Jeruk, Jakarta Barat. Muzium ini akan menduduki satu aras bangunan yakni projek pembangunan bersekali pejabat, pangsapuri, hotel dan ruang komersial.
MET Studio Design, pakar dalam seni bina muzium dan reka bentuk pameran. Wetland Park, Hong Kong dan pavilion di Sukan Olimpik 2012, London adalah antara hasil kerja berwibawa mereka.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
