Related Stories
Tahun 2025 menjanjikan nafas baru dalam dunia hiasan dalaman, menggabungkan keanggunan abadi dengan inovasi kontemporari untuk mencipta ruang yang bukan sahaja mempesona secara visual, tetapi juga berjiwa dan penuh karakter. Dari pilihan bahan yang lestari hinggalah kepada penataan ruang yang lebih berani, berikut adalah sorotan utama yang bakal mendominasi kediaman mewah sepanjang tahun ini.
Minimalis
Rekaan Skandinavia kekal relevan dan terus mendapat tempat, terutamanya apabila digabungkan dengan estetika lain yang berpengaruh. Japandi, sebagai contoh, masih menjadi pilihan utama untuk 2025. Jika anda terlepas trend ini, gaya Japandi memfokuskan pada minimalisme, penggunaan bahan semula jadi, serta palet warna neutral yang diperkaya dengan elemen lembut seperti tekstil empuk dan pencahayaan yang hangat. Hasilnya, ruang kediaman tampil tenang dan mengundang, sekaligus meningkatkan rasa kesejahteraan dalam rumah.
Tips: Pilih perabot daripada buluh dan kusyen dalam tona neutral untuk memperkukuhkan suasana Japandi di ruang anda.
Dinding & Siling Bertekstur
Ucapkan selamat tinggal kepada dinding polos tahun 2025 menjanjikan revolusi tekstur! Bersiaplah untuk perubahan berani dengan penggunaan kertas dinding pada siling, panel kayu, serta kemasan plaster dekoratif yang menambah dimensi dan karakter pada mana-mana ruang. Permukaan rata kini diolah menjadi titik fokus yang memukau, membawa elemen visual baharu ke dalam kediaman anda.
Tips: Cari inspirasi rekaan dalaman 2025 yang selari dengan gaya peribadi anda. Tidak pasti gaya pilihan anda? Cuba kuiz gaya rekaan dalaman untuk padanan terbaik!
Ruang Kesejahteraan
Dengan peningkatan kesedaran terhadap kesihatan dan kesejahteraan, ruang khusus untuk rasa tenang,damai menjadi keperluan dalam rekaan rumah moden. Sama ada studio yoga mini, bilik meditasi, atau bilik mandi mewah ala spa, elemen seperti cahaya semula jadi, tumbuhan indoor, serta palet warna menenangkan akan membawa suasana damai dan menyegarkan ke tahap maksimum.
Tips: Gabungkan gim rumah dengan sudut santai untuk merehatkan minda selepas sesi senaman.
Penyatuan Alami

Sempadan antara ruang dalaman dan luaran semakin kabur, dan trend ini terus berkembang pesat. Kenapa? Ruang luar juga layak diraikan dengan keselesaan dan gaya yang setara dengan ruang dalam rumah. Bayangkan dapur luar, tempat duduk santai, dan dekor kalis cuaca yang mencipta aliran sempurna dari dalam ke luar, menjadikan kediaman anda terasa lebih luas dan mengundang.
Tips: Gunakan pintu kaca boleh laras untuk menyatukan ruang dalaman dan luaran secara harmoni.
Luxe Tech
Teknologi yang semakin maju kini disatukan secara bijak ke dalam rekaan rumah 2025. Discreet tech atau teknologi tersembunyi ini bermakna peranti pintar dipadankan dengan dekorasi tanpa mengganggu estetika ruang. Pembesar suara tersembunyi, perabot dengan pengecas tanpa wayar, serta pencahayaan kawalan suara adalah antara contoh teknologi yang meningkatkan kemudahan hidup tanpa mengorbankan gaya.
Tips: Pilih perabot berfungsi pelbagai yang mengintegrasikan teknologi secara halus tanpa menjejaskan estetika ruang.
Ruang Sarat Warna

Warna berani dan tepu kembali menjadi sorotan pada 2025. Konsep “ruang sarat warna” menggunakan satu rona dalam pelbagai tona untuk mencipta penampilan yang kohesif dan berimpak tinggi. Trend ini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan rekaan berani, mahu membuat kenyataan, atau menyuntik personaliti yang chic ke dalam ruang.
Tips: Gaya monokrom dalam pastel atau seimbangkan dengan aksen neutral untuk memastikan ruang tidak terasa terlalu berat atau berlebihan.
Lestari & Mesra Alam
Kelestarian kekal menjadi teras utama trend hiasan dalaman 2025. Pereka memberi tumpuan untuk mencipta ruang yang bukan sahaja memukau tetapi juga mesra alam. Kulit vegan, bahan bebas toksik, dan produk lestari bukan lagi pilihan, malah ia keperluan. Selain itu, pilih barang yang boleh digunakan semula atau dikitar semula untuk mengurangkan keperluan penggantian yang kerap.
Tips: Selitkan perabot kitar semula atau barang hiasan buatan tangan untuk ruang yang lebih mampan dan eksklusif.
Trend hiasan dalaman rumah 2025 membawa kita ke era baharu yang menyeimbangkan kemewahan dengan kesedaran, gaya dengan fungsi. Setiap elemen dipilih bukan sekadar untuk kecantikan semata, tetapi untuk mencipta pengalaman hidup yang lebih baik. Tahun ini, jadikan kediaman anda bukan sahaja tempat berlindung, tetapi juga cerminan gaya hidup yang elegan, lestari, dan berjiwa. Untuk anda yang menghargai keindahan halus dan kemewahan bijaksana, inilah masanya untuk membawa keajaiban rekaan ini ke dalam ruang peribadi.
Artikel Berkaitan: 5 Ilham Dekorasi Untuk Ruang Tamu Lebih Luas. Ini Rahsianya!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
