Diperguna Scammer, Siti Nurhaliza Luah Rasa Kecewa
Masalah scam atau penipuan bukanlah perkara baru, namun ia semakin menular kebelakangan ini. Ramai sudah menjadi mangsa dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak terkecuali.
Dia meluahkan kekesalan apabila mendapat tahu terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan fotonya untuk memperdaya orang ramai. Siti memuat naik satu hantaran di Instagram mendedahkan akaun palsu yang cuba menipu dengan menawarkan wang tunai.
“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak scam orang ni? Saya tegaskan ini akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai.
“Akaun ini cuba scam orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut. Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terpedaya dengan scammer seperti ini,” tulisnya.
Siti juga memberi amaran kepada penipu untuk tidak menggunakan nama dan fotonya kerana ia mendatangkan fitnah dan menjejaskan reputasinya. Malah dia bertegas meminta pihak berkenaan untuk memadam akaun tersebut sebelum sebarang tindakan tegas diambil.
Siti turut memuat naik dua lagi hantaran memaklumkan terdapat beberapa pihak lain yang mempergunakan namanya untuk tujuan perniagaan.
“Apabila saya muat naik mengenai akaun scammer, rupanya banyak lagi yang gunakan gambar saya dan jadikan akaun untuk bisnes lain pula.
“Saya memang tidak ada masalah nak sokong perniagaan sesiapa saja dan saya tahu dalam keadaan sekarang semua orang terjejas tetapi jika salah guna, menipu dan juga gunakan pula gambar saya, ini perbuatan yang tidak betul.
“Janganlah berniaga dengan memperdaya orang. Carilah keberkatan di dalam apa jua yang kita buat. Tolong jangan terpedaya dan sila lapor akaun yang guna nama saya,” katanya.
Siti menjelaskan dia hanya mempunyai akaun rasmi @ctdk (Instagram), Siti Nurhaliza (Facebook), @CTNurhaliza11 (Twitter), @officialsimplysiti dan @beausitiofficial (akaun perniagaan).
Foto: Sitisentralworld
Baca: Sejarah Tercipta! Nama Siti Nurhaliza Bakal Diabadikan Di Walk of Fame Adelaide
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
