Kediaman Inap Privasi Tiarasa Luxe
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
May 29, 2026
Cantik

Melancong ke Morocco dan menetap di resort milik Richard Branson memberi sumber inspirasi bagi dirinya untuk pulang berkreatif dan membawa pengalaman di sana untuk dikongsi bersama penggemar pelancongan di Malaysia. Kediaman di Kota Permai Golf & Country Club seluas 7,100 kaki persegi pernah didiami Puan Sri Tiara Jacquelina sekeluarga. Ternyata lokasi ini dikira sesuai sekali untuk merealisasikan impiannya itu. “Di sinilah terlahirnya filem
Penginapan Chill namun penuh Luxury di Tiarasa Luxe, itulah konsep Chilluxe yang mahu diperkenalkan. Terdapat dua sayap percutian privasi yang terdiri daripada The Ultra Villa dan The Retreat Pavilion yang mampu memuatkan lebih 20 orang pengunjung. Pemandangan dari rumah sungguh indah, berlatarkan kolam renang infinity 25 meter dan saat menatap matahari terbenam, indah! Saujana hijau padang golf juga menjadi sebahagian pemandangan menenteramkan jiwa. “Semestinya ada renovasi dilakukan untuk mencipta tujuh bilik. Namun, saya masih mengekalkan sebahagian kemasan asal. Pastinya ada memori bersama anak-anak mahu ditinggalkan jadi kenang-kenangan.” Seluruh kediaman mendapat sentuhan dekorasi air tangan Tiara Jacquelina sendiri.
Ruang Ultravilla yang meletakkan tujuh kamar, setiap satunya berbeza dekorasi. Cukup selesa untuk didiami pengunjung. Ruang tamu pula meletakkan beberapa koleksi perabot kegemaran Tiara Jacquelina antaranya Orange Modular Sofa by Rolf Benz (#222), Freeman “Duvet” by Rodolfo Dordoni for Minotti, Arabella Armchair by Carlo Giorgetti & Massimo Scolari for Giorgetti dan banyak lagi. Sekeliling ruang dinding pula meletakkan hasil seni Nizam Ambia, Puteri Gunung Ledang Series sebanyak tujuh koleksi keseluruhannya. Paling istimewa terdapat juga lukisan Tiara Jacquelina, Flow Series.
Ruangan Reatreat Pavilion menjadi pilihan ahli korporat untuk menganjurkan mesyuarat persendirian: menganjurkan mesyuarat persendirian, team building atau acara korporat. Ruangan ini lengkap dengan kemudahan wifi, ruang seminar dan latihan untuk pengalaman bleisure. Bagi Tiara Jacquelina, playing hard and working hard adalah simbolik kata perlu dalam kehidupan dan Tiarasa Luxe marupakan destinasi paling sesuai kerana semuanya ada di bawah satu bumbung. Ruang Golf Putting Green Jack Nicklaus paling digemari dan sangat privasi. Terdapat simulator yang boleh membawa penggemar golf ke serata dunia termasuk ke Pebble Beach.
Disediakan gimnasium dengan sistem kelengkapan pintar Hoist, meja pool, mini pawagam dan banyak lagi. “Sebenarnya Tiarasa Luxe juga sering menjadi pilihan untuk upacara perkahwinan atau sambutan Hari Jadi.” Saat menjamu selera, terdapat ruang dapur industrial yang tersedia. Namun, tamu Tiarasa Luxe juga ditawarkan restoran kegemaran Tiara Jacquelina yang terletak di sekitar.




