fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Horologi menampilkan YM Puteri Noor Afzan
Jam Code 11.59 Oleh Audemars Piguet Hadir Dalam Emas Merah Jambu
Trend – Kemeriahan Berganda Dengan Pilihan Sofa King Living
Kediaman – Butik Peribadi
Promosi – Menangi Percutian di Bon Ton Resort, Langkawi
Home > GLAM Plus > GLAM Weddings > GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju

GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju

Di sebalik pintu tertutup Hotel Raffles Jakarta yang mewah, dua hati yang lama merindui kepastian akhirnya bersatu dalam sebuah ikrar yang abadi. El Rumi dan Syifa Hadju sah bergelar suami isteri.

El Rumi anak kedua legenda muzik Ahmad Dhani melafazkan ijab kabul dalam satu nafas, tepat di hadapan petugas KUA Kecamatan Setiabudi. Kata-kata itu bukan sekadar akad; ia adalah janji seorang lelaki kepada wanita yang telah mencuri separuh jiwanya. Majlis yang intim itu hanya disaksikan oleh mereka yang paling bererti termasuk ibu El Rumi, Maia Estianty, bersama suaminya Irwan Mussry, serta beberapa tokoh terkemuka negara. Tiada kemeriahan yang berlebihan, namun kehangatannya terasa sehingga ke sudut bilik yang paling senyap sekalipun.

Bukan sekadar logam mulia seberat 26 gram dan 4 gram, mahupun wang tunai 2,026 pound sterling yang dianggar bernilai sekitar Rp47 juta, mas kahwin yang dipilih El Rumi buat Syifa Hadju sarat dengan makna. Setiap angka, setiap gramnya, berbicara tentang kesetiaan seorang insan yang bersungguh-sungguh.

Perjalanan cinta mereka bukan berlaku dalam sekelip mata. Berputik pada Oktober 2024, ia berkembang perlahan seperti bunga yang menunggu musimnya. Lamaran berlangsung di Lauterbrunnen, Switzerland dan mereka bertunang secara rasmi  pada 21 Januari 2026, sebelum majlis siraman dan pengajian pada 24 April 2026.

Di belah malam untuk majlis resepsi, Hotel Raffles kembali menjadi saksi dan kali ini buat resepsi yang meriah namun penuh romantis. Para tetamu disambut dengan kehangatan kehadiran penyanyi antarabangsa Brian McKnight sebagai kejutan istimewa malam tersebut. Alunan suaranya melengkapi atmosfera romantis yang sudah pun terasa sejak detik pertama. Dan mereka bakal mengadakan majlis resepsi kedua yang menyusul di Bali.