Teks & Penyelaras: Shahril Hadi Halim
Arahan Seni & Penata Gaya: Afiq Khairuddin
Gambar/Video: Jabir Suhirlan/ Shutters Studio
Pertembungan budaya dalam perkahwinan yang dijalinkan menjadikan kediaman ini sarat nilai warisan yang dikumpul dari pelbagai lokasi di seluruh pelusuk dunia. Susun atur tersendiri yang mengenengahkan seleksi perabot ragam rekaan memberi rasa berbeza pada setiap ruang. Mainan gaya antara klasik, oriental dan moden berlegar mesra dalam unit kondo yang mencecah keluasan lebih 3000 kaki persegi.
Apakah konsep dekorasi kediaman anda?
Saya tidak menetapkan konsep khusus tetapi saya mencintai konsep kolonial, lantas itu mungkin antara pengaruh utama dalam menata sendiri kediaman ini. Hampir kesemua yang saya miliki ini merupakan koleksi yang dikumpul setelah mendiami beberapa negara di Asia. Biarpun begitu saya masih menyukai konsep moden. Untuk itu saya gabungkannya melalui pemilihan sofa yang saya dapati dari Alisia Hotel milik Ines. Selain itu, saya turut merubah wajah kerusi bertangan dengan pemilihan fabrik nautikal untuk memberi sedikit sentuhan moden. Walau bagaimanapun suntikan cita rasa Asia dapat anda saksikan menebal di sini kerana saya masih menyayangi adat dan budaya asal.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyempurnakan dekorasi?
Kebanyakan perabot adalah koleksi peribadi, lantas memudahkan saya untuk menetapkan konsep dan susunan atur ruang yang hanya memakan masa dua hari. Tambahan pula unit ini saya miliki dari pemilik terdahulu, jadi kami tidak melakukan banyak ubah suai. Saya juga menggemari pelan rekaan rumah yang begitu sesuai dengan gaya hidup saya, lantas prosesnya menjadi mudah. Bagi mengelakkan ruang tampak berserabut dengan wayar yang kelihatan, saya mewujudkan sebuah kabinet kahs di ruang tamu selain ia turut digunakan untuk meletakkan pelbagai barangan lain.
Apakah elemen yang paling anda gemari dalam penataan kediaman anda?
Saya turut menyenangi tumbuhan hijau, justeru saya pastikan ia sentiasa hadir di sekitar kawasn kediaman. Paling menyenangkan apabila pemandangan dari unit ini menghadap kehijauan belukar yang masih terpelihara, saya ibaratkannya seperti “jewel of the city”. Cuma kesukarannya apabila saya mahu berpergian, tiada sesiapa yang boleh membantu menjaga pohon-pohon ini. Selain itu, saya juga memastikan kediaman ini sentiasa dihiasi aneka bungaan segar untuk memberi ambien yang tersendiri. Seminggu sekali pastinya saya akan menukar kepada bunga-bunga baru.
Saksikan video eksklusif di sebalik rakaman ruang kediaman ini.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
