fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Bicara Deko – Commune Berkongsi Idea Kediaman Vintaj Moden
Eksplorasi Objek Dan Aksesori Cartier
Majlis Perkahwinan Mewah Millie Bobby Brown
GLAM Deko Ruang – Dekorasi Hitam & Putih
GLAM Deko April 2020 – Edisi 63
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel 2026

Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel 2026

Longines meraikan semangat Glasgow 2026 dengan pelancaran eksklusif HydroConquest Commonwealth Games Edition. Hadir dalam rona teal dan ungu yang dinamik, jam tangan edisi terhad ini adalah lambang keanggunan sukan buat si pencinta gaya.

Apabila berbicara tentang prestij dan ketepatan masa, tiada nama yang lebih gah melambangkan keanggunan sukan selain Longines. Menjelang temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026, jenama jam tangan mewah dari Saint-Imier ini tampil mempersembahkan edisi istimewa HydroConquest, sebuah lambang dedikasi buat para atlet yang bakal beraksi di pentas dunia.

Palet Warna Glasgow 2026 

Koleksi ini bukan sekadar alat penunjuk waktu, malah ia adalah pelengkap gaya yang memberikan impak visual luar biasa.. Menariknya, rekaan kali ini mengambil inspirasi terus daripada palet warna rasmi Glasgow 2026. Bayangkan dial lakuer bercorak gradient yang beralih dari rona vibrant teal ke hitam pekat, diserikan pula dengan jarum saat hujung merah jambu serta tulisan “HydroConquest” dalam warna ungu yang cukup chic.

Ketepatan Luar Biasa 

Dari segi teknikal, Longines tidak pernah berkompromi. Jam tangan ini dikuasakan oleh kaliber eksklusif L888.5 yang dilengkapi silicon balance-spring, menjamin ketepatan luar biasa serta rintangan terhadap medan magnetik. Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak namun tetap mahu kelihatan sofistikated, kerangka keluli tahan karatnya hadir dalam dua saiz, 39mm dan 42mm serta kalis air sehingga 300 meter.

Eksklusiviti menjadi taruhan utama apabila hanya 2,026 utas dihasilkan untuk setiap saiz di seluruh dunia. Setiap unit turut diukir dengan logo rasmi Glasgow 2026 pada bahagian belakang sebagai memori abadi. Dipadankan dengan tali getah hitam yang ringan dan selesa, ia adalah aksesori wajib miliki buat sang juara yang mementingkan sporty elegance.