1. Kitar semula
Langkah paling asas yang perlu dipupuk dari awal. Mulakan dengan mengumpul segala barangan kitar semula; kotak, kertas, surat khabar lama, tisu, dokumen lama (yang tidak penting), segala tin dan baling kaca yang sudah tidak digunakan mengikut kategori. Tip mudah, sediakan tong sampah mengikut jenis sampah di pojok khas. Jadilah berdisplin sikit! Kumpulkan dan jual semula. Lakukan aktiviti ini secara berkala; sebulan sekali. Kitar semula ini salah satu cara membantu menghakis amalan hoarder!
2. Kurangkan peggunaan penyembur serangga
Apabila mengenai mesra alam, segalanya perlu berkait rapat dengan alam semulajadi. Penyembur kimia tidak hanya membunuh serangga, malah membunuh secara diam sistem dalaman tubuh kita. Gunakan bahan-bahan semulajadi untuk menghindar kedatangan serangga di kediaman.
Campuran asid borik + hirisan oren untuk menghalau semut.
Daun pandan untuk menghalau lipas.
Lilin beraroma serai untuk menghalau lalat dan nyamuk.
3. Banyakkan tumbuhan hijau dalam kediaman
Selain menyuntik lebih warna di dalam rumah, tumbuhan hijau menapis udara dan bau tercemar. Aturkan satu atau dua pepohon merimbum sederhana besar seperti ketapang di pojok tangga. Elakkan tumbuhan yang memerlukan banyak air kerana bakal mengundang serangga kecil seperti semut. Jangan lupa apungkan bau-bauan berteraskan bunga-bungaan atau herba tropika untuk membersih udara di kediaman secara berkala.
4. Pilih kaca berbanding plastik
Sentiasa gunakan pinggan mangkuk dan cawan kaca apabila menggunakan ketuhar gelombang mikro. Tidak hanya boleh digunakan semula, kaca tidak membebaskan banyak bahan bisphenol-A atau BPA seperti plastik. Boleh juga gunakan plastik. Tapik pastikan yang bebas bahan BPA dan tahan haba apabila dipanaskan.
[soliloquy id=”46652″]
[soliloquy slug="46652"]
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
