Musim ini, H&M HOME menceduk inpisrasi daripada setiap elemen deria pada seni dekorasi ruang kediaman dengan melihat, bau, dengar dan rasa untuk ‘feels like home’.
Seni dekorasi rumah hadir dalam ajnas ilham dan inspirasi. Hari ini, elemen dekorasi memainkan peranan penting kerana ruang kediaman tidak lagi hanya menjadi ruang untuk beristirahat. Hadir musim luruh ini, H&M HOME menceduk inpisrasi daripada setiap elemen deria pada seni dekorasi ruang kediaman dengan melihat, bau, dengar dan rasa untuk ‘feels like home’.

Deria sentuhan mengilhamkan pemilihan material taktil seperti kusyen hiasan dan bantal lembut, selain ambal wool bulu yang dapat mengurangkan bunyi pada deria pendengaran. Tidak dilupakan, eksplorasi deria bau dengan lilin haruman dan difusser yang dapat menyerlahkan wangian pada segenap ruang kediaman rumah.

“H&M HOME musim ini menekankan kepentingan pada rasa ketika berada di rumah. Kami mahu fokus pada setiap deria dan bagaimana untuk memberikan kepuasan. Kami juga mahu mengeksplorasikan lebih dalam pafa penggunaan warna, material, cahaya dan wangian untuk menghasilkan pengalaman terbaik di rumah,” kata Ketua Desain dan Kreatif di H&M HOME, Evelina Kravaev-Söderberg

Koleksi musim luruh ini membariskan seleksi degan reka bentuk seni, abstrak dan bold bersama desain yang mudah dan selesa. Tekstur dan taktil menginspirasikan kraf kontemporari dan juga grafik lebih neutral. Ton neutral mendominasi, dengan simbahan warna biru klein diperkenalkan musim ini pada sarung kusyen yang dihasilkan daripada kain kapas kitar semula.

Untuk dekorasi ruang kamar tidur, seleksi sarung katil linen hadir dengan pilihan warna baharu seperti biru klein serta tan musim luruh. Fabrikasi linen ini akan menjadi lebih lembut dan elegan selepas digunakan kerap kali, dan pasti menjadi kegemaran untuk feels like home nanti. Tidak ketinggalan, hiasi ruang makan dengan kusyen kerusi, napkin linen dan alas meja yang bergaya. Cawan dan perkakasan meja paten abstrak seperti rekaan sermaik pasti memberikan sentuhan seni pada ruang makan.

Koleksi H&M HOME untuk musim luruh ini boleh didapati di H&M Quill City Mall dan Avenue K Shopping Mall.
Foto: H&M HOME
Baca lebih lanjut: Dolla Hiasi Billboard Ikonik di Times Square New York
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
