Rumah fesyen asal Itali ini julung kalinya membentangkan himpunan gaya hidup pertamanya. ‘Gucci Lifestyle’ merangkumi item seperti buku nota, pen dan pensil serta set mainan. Visual kempennya dihidupkan oleh artis surealis garapan Max Siedentopf.
Pembentangan Gucci Lifestyle menguatkan lagi trend yang diperlihatkan saban tahun kreasi barisan rumah fesyen di dalam melengkapi himpunan gaya hidup mereka. Jika sebelum ini kita diperkenalkan dengan objek atau collectible item seperti papan luncur Chanel, kondom Saint Laurent dan kutleri Prada. Kini Gucci, melengkapi sisi gaya kehidupannya dengan menampilkan alat tulis serta mainan; bagi mengimbangi visi kreatif waktu berlangsungnya Minggu Reka Bentuk Milan September lalu.

Himpunan alat tulis cetakan Web dan Horsebit
“Mengenangkan zaman kanak-kanak, bila melewati ke kedai alat tulis untuk mencari pensil, pen, dan buku nota .. bermaksud membawa impian ke dalam rutin harian saya,” terang Alessandro Michele. “They were fine, well-made objects that spoke of craftsmanship. Walaupun ia adalah sebahagian daripada kehidupan seharian, saya dapat mengekspresikan aura magis, misteri lagi indah.”

Pengarah Kreatif Gucci ini juga menambah bahawa dia membayangkan butik Milan yang didekasikan sebagai cabinet of curiosities, ‘Wunderkammer seperti gua Ali Baba’ yang menterjemahkan dimensi dongeng ke objek harian dalam dunia nyata. Tambahnya lagi, “saya sudah lama memasang hasrat untuk memasukkannya ke dalam koleksi yang direncanakan dahulu. Namun, mereka tidak punya kaitan dengan pakaian serta aksesori. Itulah sebabnya saya ingin membina ruang aneh lagi misteri ini, di mana mereka boleh dibentangkan. Bertujuan untuk mengembalikan keindahan kehidupan seharian yang senantiasa dihargai oleh saya.”

Set papan catur kayu
Koleksi Gucci Lifestyle mula memasuki pasaran bermula awal November di butik Gucci terpilih di seluruh dunia. Menawarkan pelbagai pilihan alat tulis. Termasuk, pen, pensil, pemberat kertas serta buku nota dengan sarung kanvas signatur imaginasi Gucci yang kebanyakannya berbahan tekstil Gucci Demetra™. Di mana ia, diperkembangkan oleh juruteknik dan artisan rumah fesyen ini sendiri dengan menggunakan proses tanning yang sama. Namun, bersandarkan bahan mentah bebas haiwan yang berasaskan tumbuhan. Halaman buku nota dan pad notanya pula dibuat dari kertas selulosa tulen yang diperakui FSC. Kemudian dikemaskan dengan sarung berpunya motif flora, corak grafik atau watak Disney.

Untuk liburan santai, Gucci juga menampilkan kad permainan dalam gaya Gucci klasik. Dek kad yang tersimpan dalam casing GG Supreme (single atau double deck) menampilkan lanskap mitos di bahagian belakang. Kad-kad mainan ini dibuat oleh Modiano, satu perusahaan Itali yang terkenal dan bersejarah yang ditubuhkan di Trieste pada tahun 1868 oleh Saul David Modiano, seorang pedagang dari Thessaloniki, Greece. Turut sama, memaparkan set dadu buatan tangan, dibuat di Itali berbahankan bio-resin menggunakan teknik pembuatan tradisional.

Item esensial buat penggembara tampil dalam corak Geometric G
Tambahan lagi, Gucci mempamerkan kipas tangan yang diperbuat daripada kayu dan sutera satin yang dicetak dengan corak ikonik Gucci dilengkapi dengan sarung yang mempunyai motif yang sama. Untuk si petualang, Gucci turut membentangkan set untuk dibawa untuk melancong seperti pelitup mata, bantal dan mules yang dibikin dari kombonasi bahan lestari alam.
Pautan berkaitan: Kediaman Inap Privasi Tiarasa Luxe
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
