fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM DEKO Feb/Mac 2015
Rutin Kecergasan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza Dipantau Sebaiknya Oleh Garmin FENIX 6
Trend – Kemeriahan Berganda Dengan Pilihan Sofa King Living
7 Selebriti Yang Juga Pereka dan Penghias Dalaman
Kediaman US$5.1 juta Jessica Chastain
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Sejenak – Pilihan Perhiasan Atas Talian

Sejenak – Pilihan Perhiasan Atas Talian

Penggunaan laman sosial dan internet yang semakin meluas hari ini membuka banyak peluang perniagaan tidak tertakluk kepada hanya barangan pakaian dan kosmetik. Kini ia sudah menjangkau kepada pelbagai seleksi barangan kediaman anataranya perabot dan aksesori untuk menyempurnakan wajah kediaman.

Pilihan yang disediakan di laman sesawang turut memberi idea suai padan yang sesuai. Janine menampilkan aneka kelengkapan kediaman di ruang atas talian mereka. Pilihan kami kemasan lembut oleh Designers Guild yang sememangnya tidak menghampakan.

 

Tip pilihan perhiasan atas talian.

 

  1. Pilih kedai yang telah bertapak dan mempunyai sejarah perniagaan yang baik. Anda boleh bertanya melalui teman dan pendapat yang diberikan di internet.
  2. Baca ruangan review yang disediakan untuk memastikan mereka sentiasa mempunyai sejarah urusan yang lancar.
  3. Buat perbandingan harga antara satu kedai dengan kedai lain namun begitu pastikan ia turut menjelaskan mengenai apa yang disediakan sekali seperti kos penghantaran, pemasangan dan sebagainya.
  4. Pastikan ada berada di tempat yang dijanjikan untuk penghantaran bagi mengelakkan sebarang kesulitan kerana barangan kediaman kadang kala mudah pecah dan bersaiz besar.
  5. Periksa barangan sejurus anda membukanya untuk memastikan ia seperti yang dinyatakan dalam ruang promosi dan sesawang mereka.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse