fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Deko Personaliti – Bicara Pakar Warna
Fokus – Bicara Blaine Robert, Pengarah Kreatif & Blaine Robert Design Sdn Bhd
GLAM Deko Ruang – Perabot Kulit
Resipi Sushi Serunding Bersama Mentega Kacang Pedas dari Chef Adu Amran
John Legend & Chrissy Teigen Beli Kediaman Baru Dengan Floating Garden
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Kediaman > GLAM Deko Kediaman – Persona Glam Chic

GLAM Deko Kediaman – Persona Glam Chic

 

Unit kediaman dupleks milik Sharifah Juliana yang kami kunjungi ini ternyata membawakan refleksi terbaik pemiliknya. Dengan bantuan oleh Quade Design Studio, mereka berjaya menterjemahkan ruang kediaman dengan menyuntik nafas ala Los Angeles kerana pemiliknya baharu sahaja pulang dari sana setelah menetap hampir 15 tahun menjalankan perniagaan. Sebelum menetap di sana, dia membesar di United Kingdom.

 

Hari ini kami ditemani Kaer Azami yang mewakili Quade sambil bercerita mengenai projeknya. Quade Design Studio terdiri dari empat anak muda yakni Efelyn Cheong, Billy Pang, Kaer Azami dan Zahir Hamdi sebagai teraju utamanya. Menurut Kaer, mereka memilih untuk tidak meletakkan hanya seorang pereka yang mengepalai sesuatu tugasan ataupun projek namun memilih untuk membahagikan ruang-ruang tertentu dan diseragamkan mengikut cita rasa klien dan pemilik kediaman.

 

Gaya yang dipilih untuk kediaman ini adalah begitu clean dan minimalis namun menyerlahkan rasa chic yang sememangnya terpancar pada Juliana sendiri. Dia kini mengusahakan jenama fesyen Peppermint Avenue tersedia dalam talian memilih untuk menggabungkan seleksi perabot sedia ada yang dibawa dari kediaman terdahulu dan digabungkan bersama perabot milik kedua orang tuanya yang kini turut menetap bersamanya.