Kediaman Inap Privasi Tiarasa Luxe
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioBerkongsi rasa dengan penggemarnya, Tiara Jaquelina menawarkan percutian mewah di Tiarasa Luxe, sebuah kediaman selesa pernah didiaminya bersama keluarga.
Melancong ke Morocco dan menetap di resort milik Richard Branson memberi sumber inspirasi bagi dirinya untuk pulang berkreatif dan membawa pengalaman di sana untuk dikongsi bersama penggemar pelancongan di Malaysia. Kediaman di Kota Permai Golf & Country Club seluas 7,100 kaki persegi pernah didiami Puan Sri Tiara Jacquelina sekeluarga. Ternyata lokasi ini dikira sesuai sekali untuk merealisasikan impiannya itu. “Di sinilah terlahirnya filem Puteri Gunung Ledang, anak-anak membesar dan kediaman paling kami selesa untuk tinggal. Kini saya dapat berkongsi dengan pengunjung kediaman pernah saya selesa diami,” ujarnya membuka kisah manis.
Penginapan Chill namun penuh Luxury di Tiarasa Luxe, itulah konsep Chilluxe yang mahu diperkenalkan. Terdapat dua sayap percutian privasi yang terdiri daripada The Ultra Villa dan The Retreat Pavilion yang mampu memuatkan lebih 20 orang pengunjung. Pemandangan dari rumah sungguh indah, berlatarkan kolam renang infinity 25 meter dan saat menatap matahari terbenam, indah! Saujana hijau padang golf juga menjadi sebahagian pemandangan menenteramkan jiwa. “Semestinya ada renovasi dilakukan untuk mencipta tujuh bilik. Namun, saya masih mengekalkan sebahagian kemasan asal. Pastinya ada memori bersama anak-anak mahu ditinggalkan jadi kenang-kenangan.” Seluruh kediaman mendapat sentuhan dekorasi air tangan Tiara Jacquelina sendiri.
Pautan berkaitan: Penuhi Ruang Luar Anda Dengan Torii Nest Outdoor!
Ruang Ultravilla yang meletakkan tujuh kamar, setiap satunya berbeza dekorasi. Cukup selesa untuk didiami pengunjung. Ruang tamu pula meletakkan beberapa koleksi perabot kegemaran Tiara Jacquelina antaranya Orange Modular Sofa by Rolf Benz (#222), Freeman “Duvet” by Rodolfo Dordoni for Minotti, Arabella Armchair by Carlo Giorgetti & Massimo Scolari for Giorgetti dan banyak lagi. Sekeliling ruang dinding pula meletakkan hasil seni Nizam Ambia, Puteri Gunung Ledang Series sebanyak tujuh koleksi keseluruhannya. Paling istimewa terdapat juga lukisan Tiara Jacquelina, Flow Series.
Ruangan Reatreat Pavilion menjadi pilihan ahli korporat untuk menganjurkan mesyuarat persendirian: menganjurkan mesyuarat persendirian, team building atau acara korporat. Ruangan ini lengkap dengan kemudahan wifi, ruang seminar dan latihan untuk pengalaman bleisure. Bagi Tiara Jacquelina, playing hard and working hard adalah simbolik kata perlu dalam kehidupan dan Tiarasa Luxe marupakan destinasi paling sesuai kerana semuanya ada di bawah satu bumbung. Ruang Golf Putting Green Jack Nicklaus paling digemari dan sangat privasi. Terdapat simulator yang boleh membawa penggemar golf ke serata dunia termasuk ke Pebble Beach.
Disediakan gimnasium dengan sistem kelengkapan pintar Hoist, meja pool, mini pawagam dan banyak lagi. “Sebenarnya Tiarasa Luxe juga sering menjadi pilihan untuk upacara perkahwinan atau sambutan Hari Jadi.” Saat menjamu selera, terdapat ruang dapur industrial yang tersedia. Namun, tamu Tiarasa Luxe juga ditawarkan restoran kegemaran Tiara Jacquelina yang terletak di sekitar.
Pandemik tidak menghalang untuk anda melarikan diri seketika untuk memanjakan diri di sini. Pendek kata, Tiarasa Luxe yang sejauh 40 minit dari ibu kota adalah destinasi paling nyaman untuk penginapan bersama keluarga atau rakan-rakan.
teks MARINI MAT ZAIN gambar TIARASA LUXE
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.






