Janda Baik, tanah hutan pinggir bandar yang masih kekal tidak terusik dek pembangunan moden. Dua unit lot tanah setiap satu berkeluasan satu ekar, di lereng bukit Tanarimba, Janda Baik dibeli tanpa ragu oleh ahli perniagaan, Kong Hock Sian. Dia kemudian menjalin kerjasama dengan arkitek tempatan. Ar. Melvyn Kanny bagi merealisasikan sanggar persinggahan idaman. Melvyn dipertanggungjawabkan untuk membina satu unit banglo sebagai rumah rehat yakni rumah induk dan satu unit banglo lagi untuk kegunaan anak-anak Kong yang juga berfungsi sebagai rumah tetamu.
Banglo dua tingkat dibina di lereng bukit curam menyajikan saujana pemandangan tiada tandingan. Berdiri di dek balkoni kamar tamu utama, mata terlihat kabus pagi keluar dari lembah pergunungan yang masih hijau. Cuaca agak terik tetapi tidak begitu bahang, malah mendamaikan. Seni bina banglo berkonsepkan moden ekologi. Melvyn mengadaptasi landskap tanah semulajadi Janda Baik yang berbukit-bukau dalam struktur seni bina kedua-dua banglo. Setiap ruang yang ada memiliki karakter tersendiri dan setiap bilik dibina tanpa lekuk 90 darjah. Malah, Melvyn menekankan setiap ruang direka agar penghuni dapat menikmati keindahan persekitaran semula jadi tanpa halangan dari dalam mahupun luar kediaman.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
