Seni bina sebuah kondominium bergaya moden dipadukan bersama cita rasa klasik membawa takrifan idea mewah sentuhan pereka hiasan dalaman; Ben Firdaus dalam bermain dekorasi kediaman. Memasuki kediaman, unit kondo eksklusif ini memiliki lif peribadi yang membawa terus ke aras yang mengekalkan privasi buat pemilik kediaman. Ruang foyer tidak dibiarkan sepi dengan dekorasi ringkas namun indah menggunakan meja konsol dilengkapi aneka perhiasan dan aksesori.
Ruang Mewah
Lebih menarik biarpun terdapat beberapa pojok yang kelihatan sedikit terpinggir dari lalun utama, pemilik dan pereka berjaya memanipulasi agar tidak ada ruang terlihat sepi. Sebelah kiri tatkala memasuki ruang kediaman dibinakan kabinet kasut yang juga dihiasi dengan rak pameran untuk pemilik berkongsi koleksi barangan kristal hasil koleksi daripada kembara yang telah mereka lalui. Di ruang bertentangan dibinakan ruang tamu utama yang dihias penuh bergaya. Mainan rona-rona mewah jelas membangkit rasa glamor pada ruang. Titik fokal semestinya pada pemilihan sofa rona ungu gelap dipadankan bersama meja kopi dan meja sisi yang gemilang dalam palitan rona keemasan. Di sisi sofa ini diatur kerusi bertangan dalam dua gaya berbeza memberikan rasa klasik di balik mainan cita rasa moden yang menebal. Untuk rasa lebih glamor, dinding panel bertentangan dijadikan seakan feature wall dengan penggunaan cermin rona gelap untuk menambah ilusi keluaan ruang namun masih mengekalkan rasa elegan pada ruang.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
