Promosi – Menangi Percutian di Temple Tree Resort, Langkawi

Temple Tree Resort, Langkawi
Percutian 3 hari 2 malam di Temple Tree Resort, Langkawi untuk dua orang bernilai RM2,300
Temple Tree Resort, Langkawi meraikan kekayaan budaya Malaysia melalui vila-vila antik yang terletak dalam estet resort ini. Vila-vila ini terdiri daripada enam kategori rumah tradisional seperti Penang House, Chinese House, Colonial House, Plantation House dan sebagainya. Malah, vila-vila yang disediakan ini mempunyai sejarah tersendiri dengan hiasan dalaman yang memuji ciri-ciri vila tersebut, selain ruang penginapan jenis suite.
Apabila pengunjung tiba di resort ini, mereka akan dilayan seperti tetamu rumah di The Straits Club House. Bangunan ini merupakan sebuah rumah Serani berusia 90 tahun yang telah diubahsuai menjadi sebuah club-house untuk tetamu menjamu selera di restoran, bar ataupun meluangkan masa di perpustakaan yang disediakan. Tambahan pula, terdapat dua buah kolam renang di resort ini dengan pemandangan alam semulajadi nan indah kala bersantai. Bagi tetamu yang ingin meneroka Pulau Langkawi, resort ini juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan pelancongan. Temple Tree Resort menjanjikan percutian “heritage chic” bagi mereka yang ingin merasai kehidupan budaya Malaysia zaman dahulu.
Bulan ini, GLAM Deko dan Temple Tree Resort Langkawi menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut:
- Repost gambar ini di akaun Instagram anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway, tag orang yang ingin anda bawa ke Temple Tree Resort, Langkawi dan beritahu kami mengapa anda ingin membawanya bersama
- Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
- Tag #templetreelangkawi dan @glamdekomy
- Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan akan dimaklumkan menerusi e-mel pada 15 Mei 2018
Terma & Syarat Penyertaan:
- Promosi ini akan tamat pada 11.59pm, 30 April 2018 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 15 Mei 2018 (tertakluk pada perubahan).
- Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
- Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
- Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
- Anda harus mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
- Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
- Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
- Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
- Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
