Aktiviti kunjungan ke pasar lambak hampir saban minggu, mengubah langsung wajah kediaman milik Sandie Hasche. Mata wanita ini tertarik pada reka bentuk perabot dan aksesori vintaj. Bermula awal tahun lalu, rumahnya sudah begitu sarat sehingga kediaman kelihatan dalam keadaan carca-marba dan tidak sempurna. Lantas, rakan-rakan mencadangkan agar dia membuka kedai untuk menjual dan mempamer sebahagian koleksi vintaj peribadinya.

Hasilnya, kediaman kirana ini dipersembah lebih teratur, namun masih mengekalkan karakter dan persona sang penghuni. Sandie hanya menyimpan perabot dan aksesori kesayangan di kediaman. Malah, sesekali akan mengubah dan membawa masuk aksesori dan barangan baru agar tidak bosan. Mengangkat konsep pertengahan abad Scandinavian moden, Sandie membentuknya menerusi pemilihan perabot kayu eksotik dengan garis elegan rekaan pereka klasik, Eero Saarinen.
Aksesori bersadur emas yakni dedaun emas, tembaga dan cermin memecah dimensi latar serba hitam di segenap kediaman. “Lagi pula, emas menyuntik perasaan hangat, manakala cermin berfungsi memantulkan cahaya. Jadi ini adalah satu kombinasi ideal,” beritahu Sandie. Sandie juga memberitahu jika menemui cermin dengan rangka asli, dia terus membeli tanpa ragu. Selain aksesori emas dan cermin, Sandie turut mengumpul barangan tembaga terutamanya kaki lilin. Setiap satu dipamer sempurna mengikut ukuran ketinggian dan gaya.

Satu lagi penemuan terbaik Sandie di pasar lambak, kerusi kayu buatan tangan berasal dari Afrika. Kata Sandie, “Kerusi ini mungkin tidak selesa untuk diduduki, tetapi kanak-kanak sukakannya.” Έtagère Art Deco berbentuk bujur diubah fungsinya menjadi rekaan bar. Set lampu Jeeves and Woster diatur sempurna menghiasi ruang permukaan atas bar. Sebahagian daripada set dekorasi adalah untuk keseronokkan yang dilukis oleh pelajar universiti tempatan, jurusan Seni Halus termasuk kanvas besar imej lelaki dan wanita di ruang makan.

Koleksi patung beruang dari era 70-an – anak-anak Sandie gemar bermain dengan koleksi ini. Sandie bersama anak-anaknya juga memilih beberapa helaian menarik terbitan surat khabar seluruh dunia buat dijadikan kemasan kertas dinding. Koleksi gambar-gambar yang di superimposed adalah pemberian istimewa dari keluarga tersayang.
Lukisan cat semburan gaya Bansky bertemakan “Pulp Fiction”, digantung di kamar tamu. “Semua orang yang melihat lukisan ini bertanyakan mengenainya. Walaupun tidak wujud dari abad pertengahan, lukisan ini sesuai dengan dekorasi saya,” kata Sandie.
Berada di zon stabil dan selesa, Sandie langsung tidak menyesal melepaskan pekerjaan tetap demi minat pada dunia vintaj. Demi kepuasan mengetahui asal-usul dan pengetahuan sebenar mengenai barangan vintaj, sudah cukup membuktikan dia berasa di landasan yang betul.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
