#StayHomeWithGD: Home Spa Secrets You Can Try
Perintah kawalan pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April telah membuatkan ramai terpaksa melaksanakan arahan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid 19 yang melanda negara ini. Apabila berada di rumah banyak aktiviti yang anda boleh lakukan bagi melegakan stres yang dialami kerana terpaksa berkurung antaranya melakukan home spa sendiri di kamar peribadi. GLAM Deko kongsikan beberapa rahsia home spa yang anda boleh cuba di rumah.

Resipi Mandian
Tahukah anda mandian semula jadi mampu merawat tubuh dari dalam? Gunakan campuran air sabun bersama garam laut buat mengubati masalah sakit otot. Serta titiskan minyak kayu putih untuk masalah resdung dan sakit kepala keterlaluan. Apa jua minyak atau mandian beraroma sitrus boleh meredakan masalah ketegangan minda.
Suhu Air
Air mandian tidak sepatutnya bercampur suhu sejuk dan panas kerana ini mengakibatkan sakit kepala. Sebaliknya rendam tubuh dalam tab berisi air bersuhu sejuk dan hirisan timun dan limau. Jangan menikmati sebarang minuman atau makanan ketika berendam.
Lilin
Nyalakan beberapa lilin beraroma intim seperti bunga-bungaan lavender, harum sundal malam dan mawar di sekeliling tab mandi untuk mencipta suasana relaks dan romantis.
Scrub
Inilah masa anda memberi perhatian lebih pada anggota tubuh. Gosok menggunakan span tubuh atau garam mandian bermula dari atas tubuh seperti tangan, bawah lengan, leher, dada diikuti kaki, pergelangan kaki dan tapak kaki. Resepi scrub; campur sebati gula perang, madu, daun pudina, kulit oren, bersama kulit lemon dan lumurkan pada bahagian tubuh diingini.
Masker
Ketika enak berendam, rawat kulit wajah. Lumur masker menutupi muka sekurang-kurangnya selama 15 minit. Campurkan setengah cawan air suam, bersama oat, dua sudu besar yogurt asli, dua sudu besar madu dan 1 biji telur putih untuk resipi masker organik yang mujarab.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
