Teks : Shahril Hadi Halim
Gambar : Art Stage Singapore
Pameran Art Stage Singapura bakal dipentaskan awal Januari ini untuk kali ketujuh di lokasi terkemuka, Marina Bay Sands Expo and Convention Centre. Bermula 12 hinggalah 15 Januari 2017, ia turut menampilkan Forum Seni Asia Tenggara dan gabungan pelbagai galeri seni sekitar benua yang bukan sahaja mempamerkan karya seni Asia malahan bertaraf dunia. Pameran ini bercita-cita untuk menjadi peneraju pasaran karya seni yang inovatif, menarik dan memaparkan keindahan dunia seni kontemporari hari ini.
“Art Stage Singapore memegang tugas sebagai pemain utama dalam pasaran seni kontemporari di rantau ini secara serius. Sambil menyahut cabaran situasi ekonomi dan sosio-politik dunia hari ini yang semakin mencabar, kami mahu terus komited dalam mengukuhkan kitaran kehidupan dunia seni di Asia Tenggara dengan mewakilkan kandungan yang relevan dan inovatif untuk lebih menyemarakkan dunia seni rantau ini. Ini merupakan sebab mengapa Forum Asia Tenggara kedua yang akan di langsungkan, menerusi pameran dan siri kuliah, menjadi lebih penting menuju ke arah meletakkan kita sebagai art fair yang melihat lebih jauh dari hanya sekadar pasaran,” kongsi Lorenzo Rudolf, Pengasas dan Presiden, Art Stage Singapore.
Lebih menarik kali ini, untuk pertama kalinya, acara ini bakal menampilkan The Collector’s Show, projek yang menampilkan kolaborasi di antara Art Stage Singapore bersama The Artling. Acara ini bakal menyaksikan karya seni daripaa enam orang pengumpul seni utama berasal dari Singapura. Ini adalah bersempena kejayaan Collectors’ Show yang menampilkan koleksi milik enam pengumpul berasal daripada kota Jakarta yang berlangsung sekitar Ogos tahu lalu. Ini merupakan acara yang julung kali diadakan.
Selain daripada itu, menambahkan lagi kemeriahan acara ini, Art Stage Singapore bersama Kedutaan Amerika Syarikat di sini, bakal menyampaikan anugerah Joseph Balastier Award for the Freedom Art bersempena Art Fair ini. Anugerah ini merupakan penghargaan kepada artis atau kurator dari Asia Tenggara yang secara aktif komited kepada idea kebebasan dalam menghasilkan karya dan projek seni mereka.
Ahmad Zakii Anwar

2016 Landscape With Two Figures Acrylic On Linen 122 x 274cm (Imej: Gajah Gallery)
Ahmad Zakii Anwar
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
