Gaya hidup praktikal mementingkan rekaan perabot yang multifungsi, dibentuk untuk keselesaan maksimum selain hadir melengkapi ruang, mencipta pesona gaya kediaman. Menurut sejarah, sekitar tahun 1850, orang Perancis memperkenalkan katil berkembar yang boleh berfungsi sebagai kerusi, katil dan chaise longue. Rekaan kerusi ini lengkap dengan bahagian penyandar empuk yang mudah alih dan diperbuat daripada bingkai keluli. Pada akhir 1800-an, pelbagai reka bentuk baru kerusi ditemui yang diperbuat daripada kayu dengan kerusi empuk pada bahagian belakang atau penyandar. Kerusi baring pertama dilaporkan dimiliki oleh Napoleon III. Knabush dan Shoemaker dari Amerika, antara yang terawal memiliki kerusi jenis ini. Pada tahun 1930, Knabush dan Shoemaker telah memodenkan model kerangka dengan mencipta pergerakan mekanikal pada rekaan kerusi.
Slide untuk lihat gambar.

Direka lengkap bersama aksesori pintar untuk menyediakan keselesaan maksimum dalam gaya penuh kemewahan.
Recliner atau kerusi baring juga dikenali sebagai sofa atau armchair direka boleh laras, dilengkapi dengan backrest yang boleh diturunkan ke belakang, manakala bahagian tempat duduk boleh dilaras kehadapan untuk meletak kaki dengan hanya menekan butang di bahagian tepi kerusi secara automatik. Recliner juga boleh menampung kedudukan secara tidur terlentang serta hadir dengan ciri-ciri tambahan termasuk haba, urutan dan getaran sebagai terapi diri.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
