GLAM Deko Kediaman – Moden Khatulistiwa
Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Jabir Suhirlan (Shutter Studio)


Rimbunan pepohon tinggi memayungi sepanjang perjalanan menuju ke kediaman. Sesekali sayup angin lalu menerbangkan dedaun berguguran, membawa sekali seribu satu kekusutan di jiwa. Kepungan saujana khatulistiwa ciptaan manusia, nadi utama kawasan perumahan elit di Setia Eco Park, Setia Alam.

Sinergi moden mengalir tegar pada struktur banglo dua setengah tingkat ini. Terbuka, lapang dan luas tanpa halangan struktur dinding ditambah binaan siling bernada tinggi, memberi laluan mudah buat udara keluar masuk. “Sebagai pencinta alam, kami mahu dikelilingi alam semulajadi dari setiap sudut kediaman. Rekaan panel tetingkap kaca telus menyatukan kehidupan luar ke dalam rumah secara harmoni,” bicara pemilik yang mengambil masa hampir setahun untuk menyempurnakan mahligai impian.

Kepingan kayu mentah yang menjadi paksi kabinet berpulau dibina berhadapan pintu masuk utama secara tidak langsung mencipta titik fokal kediaman. Rangka kabinet daripada besi ditempa serba hitam sekaligus membangkitkan dimensi ira-ira semulajadi kayu mentah tadi. “Suami mendedikasikan ruang ini untuk aktiviti baking saya. Tetapi, lihat permukaan kayu ini tidak diselaputi apa-apa kemasan. Jadi saya perlu melakukan segalanya di dapur, kemudian bakar di ketuhar ini. I love the overall look and ideas behind it but you know, it just not really practical for daily use,” sambung pemilik seraya ketawa.

Sofa kulit dempak berbentuk L yang ditempah khas menguasai ruang tamu utama. Titik fokal ruang ini beralih kepada panel kayu dilekap pada permukaan dinding. Mainan simetri lurus tegak diteruskan pada pemilihan aksesori lain termasuk meja kopi bertingkat dan lampu lantai. Hamparan permaidani abstrak biru nila memperindahkan ruang sedia ada. “Suami seorang yang mementingkan ketelitian dan kebersihan. Semua perlu berada di tempat sepatutnya, menjelaskan ambien rumah yang minimal, straight forward tanpa sebarang susun atur kompleks. It must be easy on the eyes.” jelas pemilik lagi.


Cerita penuh di dalam majalah GLAM Deko isu Ogos 2016.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
