
Kipas Siling KDK Kaze K15YX-RBR
Kipas sememangnya antara kelengkapan elektrik asas untuk kediaman. Ditambah dengan keadaaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, penggunaan kipas yang mudah diselaraskan boleh memudahkan kehidupan seharian. Pelbagai jenama membawakan rangkaian produk kipas namun setiap darinya mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri. Terkini seleksi jenama KDK mungkin solusi terbaik untuk kediaman anda. Kipas siling Kaze terdiri daripada dua variasi berbeza yang menampilkan penggunaan teknologi 1/f Yuragi yang menghasilkan udara bagaikan hembusan angin semulajadi.
Idea bijak turut diterapkan pada rangkaian ini dengan penggunaan Direct Current (DC) yang memberikan penjimatan dari segi penggunaan tenaga elektrik. Lebih menarik lagi, ia turut disertakan dengan sembilan kelajuan, mod tidur di antara dua hingga lapan jam serta penentu masa di antara satu hingga lapan jam. Penggunaan lebih mudah dengan alat kawalan juga skrin LCD yang dibina pada alat kawalan ini.
Oleh kerana gaya rekaan kediaman yang pelbagai masa kini, ia hadir dengan dua aras berbeza yakni badan paip yang panjang (K15YX-RBR) yang bersesuaian untuk kediaman yang mempunyai siling lebih tinggi. Manakala untuk kediaman yang mempunyai siling aras standard, anda boleh memilih seleksi K15YX-QBR. Rekaan kipas siling bergaya moden namun dalam padanan rona klasik ini mudah di suai padan selain mempunyai dimensi yang sama.

Kipas Siling KDK Kaze K15YX-QBR
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
