Restoran Vegan & Vegetarian Layan Diri, Ethos Foods, London

Jika anda berada di bumi London, jangan lupa untuk singgah ke restoran vegetarian layan diri, Ethos Foods berlokasi berhampiran Oxford Circus, Central London. Restoran vegetarian ini berkonsepkan layan diri. Tercipta hasil kerjasama I-AM dan usahawan Jessica Kruger, Ethos Foods membawakan reka pelan persekitaran restoran dinamik (hidangan bufet) bagi mengoptimumkan aliran pelanggan.
Gabungan serasi palet neutral; biru, emas dan perak ditemani reka atur perabot serba hitam menyemarakkan aura mewah minimalis. Lapisan marmar premium hitam Port Laurent dan putih Calcatta digunakan di kaunter untuk buah-buahan dan snek. Pokok-pokok Birch setinggi lebih empat meter berdiri megah di ruang utama menyampaikan elemen organik alam.

Reka bentuk dan susun atur bercirikan kasual organik dengan percikan kemilau emas.
Atmosfera organik diserikan dengan tanaman pokok Birch memenuhi kawasan restoran.
Ethos Foods adalah restoran vegan dan vegetarian yang berkonsepkan layan diri. Pengunjung boleh memilih barisan menu yang dihidang secara bufet. Lebih santai dan kasual!
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


