
Suai padan gubahan bunga segar.
Ramai yang menggemari dekorasi menggunakan bungaan segar sebagai penyeri ruang kediaman. Namun ada juga yang sering hilang arah bagaimana mahu bermula untuk menghasilkan gubahan yang praktikal, mudah serta cantik. Di sini kami kongsikan beberapa panduan ringkas yang boleh anda ikuti untuk mencipta sendiri gubahan yang bakal menyerikan ruang kediaman anda.
Pasu

Perkara pertama yang perlu anda di kediaman untuk melengkapkan projek gubahan bunga anda adalah pasu. Bergantung kepada saiz dan keadaan fizikal ruang, dimensi pasu yang berbeza memberikan impak yang bersesuaian mengikut kehendak anda. Jika ruang yang ingin anda gayakan mempunyai saiz siling tinggi (double atau triple volume), pilihan pasu yang direka meninggi lebih meninggalkan kesan pada dekorasi.
Jenis bunga

Bunga secara amnya mempunyai tahap ketahanan yang berbeza. Bunga ros hakikatnya lebih lasak dan mempunyai jangka hayat yang agak panjang jika betul cara penjagaannya. Tetapi ia mempunyai beberapa jenis baka berbeza, kualiti dan keunikkanya yang tersendiri. Sesetengahnya mengeluarkan aroma yang kuat manakala sesetengahnya lambat untuk kembang mekar. Hydrangea memerlukan suhu sejuk yang tinggi dan mudah rosak jika anda tidak mahir mengendalikannya. Pertimbangkan bunga kekwa kerana ia mempunyai tahan lebih lama selain lebih kos efektif juga memerlukan kurang penjagaan. Selain itu, bunga bakung ataupun lily merupakan pilihan yang popular kerana saiznya yang dempak juga aromanya yang indah. Secara amnya, budaya kita tidaklah mengehadkan bunga tertentu sebagai simbol kepada apa-apa upacara keagamaan tradisi tertentu.

Tip tambahan
- Ketika melakukan gubahan, anda hendaklah memotong secara menyerong pada penghujung tangkai untuk memudahkan penyerapan air.
- Pastikan air yang digunakan adalah air bersih dan gantikan secara berkala untuk memastikan gubahan tahan lebih lama.
- Elak dari membiarkan daun kering jatuh ke dalam bekas kerana ia boleh mencemarkan air dalam menggalakan pertumbuhan bakteria.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
