5 idea ruang tampil bergaya
Island &Republik membawakan seleksi aksesori dan perhiasan unik untuk anda pilih dalam mencipta kediaman dalam gaya tersendiri. Bersama Alyssa Mazlan berkongsi seleksi produk pilihannya musim ini.

1. Kertas dinding
Keunikkan menjadi salah satu elemen yang dicari dalam menata kediaman. Kertas dinding bertekstur dan paten seakan lukisan yang diperbuat dari cat minyak karya Jessica Zoob untuk Desire Black Edition merupakan pilihan terbaik mencipta kediaman tampil berbeza dan indah.

2. Lampu
Merupakan salah satu pelaburan terbaik dalam menghias. Ia mampu mencipta aura berbeza saat dinyalakan. Paling penting pilih terendak yang berkualiti kerana ia menjadi pelengkap gaya secara keseluruhan dekorasi. It makes the room looks put together.

3. Ambal
Salah satu elemen yang menjadikan sesuatu ruang itu terlihat bersekali. Ia merupakan alternatik terbaik untuk memberi wajah baru secara instant pada lantai anda. Pilih rona terang untuk memberi ceria pada ruang.

4. Ottoman dan bangku
Ia dianggap sebagai accent piece pada ruang kediaman anda. Tidak hanya terhad pada satu kegunaan, hadirkan idea kreatif pada penggunaannya. Selain mampu menyuntik karakter, pilihan yang baik boleh menjadi titik fokus pada ruang.

5. Kerusi
Perkara paling penting saat memilih kerusi adalah keselesaan. Ini kerana kegunaan berbeza memerlukan dimensi berbeza bergantung kepada kesesuaian. Filling yang digunakan turut memberi kesan kepada jangka hayat dan keselesaan saat anda menggunakannya. Jangan khuatir jika anda berminat pada rekaan tertentu yang cantik kerana ia boleh dijadikan sebagai occasional chair.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
