Sajian – Pisang Karamel & Strawberi Bersama Sos Coklat
Perjalanan kulinari Dato’ Fazley bermula saat dia diumumkan juara Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama. Kemahiran dan bakat dunia pastri dan manisan Fazley dipupuk oleh mentor yang juga juri Masterchef Malaysia, Chef Johari Edrus. “Dia menyatakan tidak ramai chef pastri dan manisan di Malaysia, terutamanya anak Melayu,” kata Dato’ Fazley. Beliau berbesar hati untuk berkongsi resipi pemanis mulut bersama GLAM Deko.

Pisang Karamel bersama Sos Strawberi Coklat
Bahan A
4 biji strawberi
2 biji pisang
30gm gula perang
30gm mentega
Bahan B
Sos Coklat
100gm coklat susu
80gm krim putar
Bahan C
Sos Butterscotch
40gm gula perang
30gm mentega
90gm krim putar
Secubit garam
1 batang biji vanila
Cara Menyediakan
- Cairkan mentega bersama gula perang di dalam kuali. Masukkan pisang. Sirakan sebelah pisang sahaja sehingga lembut. Keluarkan pisang dan biarkan sejuk.
- Panaskan krim putar. Masukkan coklat susu dan biarkan seketika agar coklat mencair. Kacau sehingga adunan sebati.
- Cairkan mentega bersama gula perang di dalam kuali. Kemudian, masukkan krim dan pukul adunan sehingga sebati. Tambahkan biji vanila dan garam.
- Hidangkan kesemua komponen secara kreatif.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
