GLAM Deko Tips – Penjagaan Kertas Dinding
Kertas dinding mampu menjadikan rumah anda berseri dan cantik dengan corak dan warna yang menjadi pilihan. Penjagaan kertas dinding amat penting bagi menjaga kualiti agar ia tahan lebih lama. Cara penjagaannya tidak serumit yang anda sangka, ia mudah dan tidak memerlukan banyak peralatan serta penyelenggaraan.
GLAM Deko ingin berkongsi cara penjagaan kertas dinding yang mudah dan berkesan.

ANTI DETERGEN Perlu diingatkan permukaan kertas dinding tidak boleh basah. Elakkan penggunaan bahan detergen dan agen pembersih lain agar warna dan corak kertas dinding tidak luntur. Lap debu dan kotoran melekat dengan kain mikro-fiber kering.
MELAWAN KULAT Pembentukan kulat terjadi apabila udara kotor bersatu dengan permukaan lembab menjadikan bintik-bintik hitam atau lebih teruk ‘corak peta’ pada dinding. Campurkan sedikit air dan agen pembersih, kemudian lap kertas dinding sehingga keluar kulat.
ARANG Musuh utama kertas dinding adalah kelembapan. Anda boleh meletakkan beg arang di setiap pojok berdekatan sisi dinding untuk menyerap lebihan lembapan. Malah, arang juga berkesan menghapus bau di dalam rumah.
UJI KAJI Jika tidak pasti kertas dinding anda boleh dicuci dengan air atau tidak, lakukan ujian kecil untuk memeriksa potensi kerosakkan warna dan corak kertas dinding. Paling ideal ialah di bahagian bucu bawah dinding.
HAPUS HABUK Gunakan penyedut hampagas untuk membuang segala debu dan habuk atau mungkin sawang yang melekat di permukaan kertas dinding.


Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
