Trend – Solusi Udara Segar Atasi Masalah Jerebu
Masalah pencemaran udara akibat jerebu yang melanda mengakibatkan kualiti udara yang tidak sihat penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan. Masalah ini menyebabkan lebih banyak masa diperuntukkan di ruang yang tertutup, terutama di dalam kediaman. Aliran udara yang sihat dan segar amat diperlukan untuk membantu bernafas dengan lebih selesa. Justeru, pemilihan penyaman udara dengan teknologi yang mampu menapis hanya kualiti udara sihat memenuhi ruang kediaman.

Penghawa dingin AR9500M daripada Samsung Electronics Malaysia diinovasikan dengan teknologi Cool-Free ™ Cooling, mengalirkan suhu udara lebih sejuk dan segar mengatasi masalah jerebu dan bahang cuaca panas yang dirasai sehingga ke dalam rumah. Teknologi Cool-Free ™ Cooling melancarkan udara sejuk dengan lembut menerusi 21, 000 lubang udara mikro. Malah, ianya adalah sistem pendinginan dua langkah yang bermula dengan merendahkan suhu dalam “Mod Penyejukkan Pantas,” kemudian secara automatik beralih ke “Cool-Free ™ Cooling Mode” yang mengalirkan “still air” setelah mencapai suhu ideal. Teknologi ini sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 72 peratus berbanding mod Cool Cooling.
Sejajar keperluan hemat tenaga, teknologi Digital Inverter 8-Pole dengan POWERboost pertama di dunia yang hanya menggunakan 32 peratus tenaga untuk model penghawa dingin konvensional, menjadikan penjimatan sehingga 68 peratus penggunaan tenaga. Penghuni kediaman juga boleh mengekalkan suhu yang dikehendaki tanpa perlu menghidupkan atau mematikan dengan janaan kuasa bunyi lebih rendah (lebih senyap), dan lebih tahan lama serta efisien.

Penghawa dingin AR9500M dilengkapi Kawalan Pintar WiFi, yang membolehkan penghuni kediaman mengawal keperluan penghawa dingin termasuk mengawal suhu, melaraskan tetapan, menerima kemas kini masa sebenar tentang prestasi dan penggunaan tenaga harian dan penyelesaian masalah dari mana – mana menerusi aplikasi Smart Things Samsung. Ini adalah sebahagian daripada komitmen Samsung dalam memperkenalkan konsep hidup pintar ke rumah-rumah Malaysia – untuk mewujudkan pengalaman tinggal yang moden, cepat dan mudah, serta inovatif di rumah untuk keluarga Malaysia.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
