Related Stories
Mengangkat kegemilangan perdagangan timah abad ke-19, firma reka bentuk dari Singapura – Farm menterjemahkan rekaan signatur identiti Aesop.

APA?
Terkenal dengan ramuan bahan semula jadi, Aesop melancarkan pembukaan rasmi butik di 1 Utama, Petaling Jaya. Ruang butik mendapat sentuhan unik dan tersendiri hasil kerjasama studio FARM. Firma reka bentuk ini meneroka binaan reka bentuk dalaman yang diilhamkan daripada kepingan logam beralun bergalvani, buat mengimbas era kegemilangan perdagangan timah Malaysia pada abad ke-19. Aesop diperkenalkan di Melbourne pada tahun 1987 dan hari ini menawarkan formulasi superlatifnya di butik signatur di seluruh dunia.

YANG ISTIMEWA
Reka bentuk ruang yang disokong oleh kepingan logam tersembunyi, membentuk sistem rak halus-beragam timbal balik dan imej beralun sebagai signatur dan profil jenama ini. Binaan rak direka menonjol dari bahagian hadapan, membangkitkan urutan yang tidak serasi di halaman logam. Di dalamnya, setiap helaian tin disusun secara mendatar membentuk jumlah dramatik berfungsi sebagai rak paparan produk dan tempat duduk pelawat. Binaan konkrit bertindak sebagai kaunter yang direka secara menegak pada dinding cermin timah tidak sekata; dua kaunter segi empat terapung di antara barisan rak.

DI MANA?
Pelanggan boleh meneroka reka bentuk ruang butik yang unik selain memilih seleksi produk penjagaan kulit, rambut dan penjagaan badan, dihasilkan daripada bahan botani dan makmal berkualiti tertinggi. Kunjungi butik Aesop di pusat membeli-belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. www.aesop.com
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
