Kediaman yang indah bukan hanya perlu cantik, aspek kebersihan perlu dititikberatkan untuk memastikan penampilan keseluruhan ruang kelihatan lebih sempurna. Habuk, debu dan hama adalah cabaran yang dihadapi untuk memastikan ruang kekal bersih selain kesihatan terpelihara.

Ikon utama dalam inovasi penghasilan gajet premium, Dyson memperkenalkan Dyson V11™ Absolute+ baru selepas versi terdahulu V10. Dengan suntikan teknologi terkini, jenama Dyson sememangnya terkenal dalam mencipta solusi rekaan terbaik sesuai gaya hidup serba moden. Teknologi terbaru ini dipertingkatkan dengan kuasa sedutan maksimum untuk lebih bersih dan jimat tenaga.

Dyson V11 ™ Absolute+ direka bentuk untuk membersih dengan lebih cekap sama ada pada permukaan lantai mahupun permaidani. Aplikasi Dynamic Load Sensor (DLS™) secara automatik mengubah kelajuan motor pada pelbagai permukaan dengan mengesan dan memaksimumkan penggunaan kuasa di mana sahaja. Kini ia lebih efektif dan pantas membersih dengan kekuatan yang lebih padu. Putaran sedutan menjangkau 125,000 rpm memberikan kuasa sedutan lebih tinggi selain kebebasan melakukan kerja tanpa terikat pada wayar (wireless). Ia turut menghasilkan 20% lebih kuasa sedutan berbanding model Dyson V10 ™.

Untuk Dyson V11 ™ Absolute+ terbaru ini, ciri-ciri tambahan yang signifikan melalui paparan LCD terbina dalam menunjukkan prestasi dan tempoh masa penggunaan, mod kuasa (Eco, Auto, Boost), serta laporan penyelenggaraan penapis. Dengan kecekapan kuasa bateri yang lebih efektif, Dyson V11 ™ Absolute+ boleh digunakan lebih daripada 60 minit masa pembersihan dengan sensor yang mengukur kapasiti dan penggunaan bateri.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
